Nuffnang Ad

Wednesday 13 August 2014

Masak-masak lagi

Jemu juga makan di rumah kadang kala tu so bila ada hari-hari tertentu nak juga makan diluar. ada masa tu tak tahu nak makan apa so Domino's Pizza menjadi pilihan. Beli pun take away aje sebab malas juga nak makan disitu.

Balik makan dirumah lagi puas hati boleh makan sambil tengok TV, pastu sambung makan lagi tak perlu risau jika tempat penuh dan sesak.

Udang selain dimasak sambal tumis, semua orang dalam rumah ni prefer dimasak lemak cili api sahaja, kari atau goreng memang tidak akan dilayan.

Tekak teringin nak makan kuih gulung ni, bila ada kesempatan barulah membuatnya

Kadang-kadang tanpa diduga, Daddy Jack teringin pulak nak makan burger, so stok daging burger memang sentiasa kena ada di dalam fridge tu.

Burger ekspress sahaja, tak berapa nak cukup bahan pun.
 

6 comments:

  1. Hari-hari nak kena fikir nak masak apa... kadang2 sampai tak ada idea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah betul tu, jenuh pikir nak masak apa. Jemu makan resepi sama aje

      Delete
  2. Rajinnya buat kuih dadar...tapi mesti puas hati dapat buat sendiri kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang puas hati Ayu, banyak dan puas makan

      Delete
  3. mcm nak try buat ketayap tu x pernah buat..

    ReplyDelete