Nuffnang Ad

Sunday 5 October 2014

Memang gila

Minggu cuti sekolah lepas, entah berapa kalilah we all pergi IKEA, rasanya selang sehari kut. Tapi ada satu hari tu singgah Mid Valley kejap soc nak tengok kelas muzik untuk the boys. Asyik main games aje, so baik la buat aktiviti yang berfaedah sikit.

15 minit aje di Mid Valley, then terus menunju ke IKEA, ada ajela benda yang nak dibeli kan


Sebelum membeli belah, kenalah isi perut dulu. Kang semua stress sebab lapar. Cafe IKEA ni memang sentiasa penuh, baik pagi ataupun malam. Even pergi waktu office hour pun penuh juga. Memang berhantu sungguh.

Masing-masing sibuk nak menolong menulis tag number barang-barang yang nak dibeli

Malas nak bersesak-sesak ambil barang kat tempat barang tu so terus booking and pick up masa nak keluar nanti. Ingatkan kejap aje, lama juga menunggunya sampai dapat kupon free karipap dan soft drink.

 Orang yang menunggu untuk penghantaran ke rumah pun ramai juga

Okay, so angkut semua bawa balik rumah, mana yang muat masuk dulu dalam kereta. Rasukan hantu ni mana-mana bomoh pun tak boleh nak ubatinya.

Ingatkan malam tu just nak duduk rumah ajela, diajak pula ke KLCC. So pergi jugaklah walaupun kaki ni dah lenguh berjalan dalam IKEA tadi.

Cuisinart baru nak dilancarkan di Malaysia tapi reganya mencekik darah dibuatnya. Mujurlah dah angkut beberapa masa di Adelaide dulu.

Happy belated birthday, Daddy

1 comment:

  1. Assalam gina...
    waahhhhhhh...sakan memborong...syiioookknyaaa he3
    kami kat penang xdak ikea sob3

    ReplyDelete