Nuffnang Ad

Monday 7 September 2015

Gelagat Ryan di sekolah

Dah hampir 9 bulan Ryan bersekolah di Darjah 1 so bermacam-macam jugalah karenahnya. Merajuk tetap terjadi, tak kisahlah samada di rumah mahupun disekolah.

Jarjit Upin Ipin katanya, sambil ambil inner tudung I, pakai dah nampak macam Jarjit

Kalau ada aktiviti tertentu di sekolah contohnya sambutan Maulidur Rasul kenalah berpakaian baju melayu lengkap. 

Jarang we all bagi tengok TV bila hari sekolah, takut tak buat homework dan juga buat revision. Maklumlah, exam akhir tahun dah hampir dekat, takut-takut nanti result tak begitu baik, terpaksa turun kelas pulak.

Masa pagi hantar pergi sekolah, nampak smart aje tapi bila dah habis sekolah, tie tu dah herot berot, senget dan macam-macam lagilah.

Sekolah membekalkan makanan untuk pelajar tahun 1, maybe terlalu kecil nak bersesak-sesak di kantin so bila kat sekolah, makanan semuanya healthy la kan, mana ada diberi jajan-jajan ni so balik rumah pun terbawa-bawa juga, kena sediakan fruits lepas makan. Buah naga menjadi kegilaan juga tu.

Kadang-kadang rajin cikgu kelas hantar gambar thru Whatsapp aktiviti anak-anak di sekolah, sampaikan rasa kita pun berada bersama-sama anak-anak kita.

Sampaikan aktiviti di dalam kelas pun cikgu-cikgu tunjukkan kepada ibubapa. Rajin cikgu sekolah, selalu ingatkan ibu bapa tentang aktiviti dan juga homeworks yang diberikan kepada pelajar selain dari tulis dalam buku communication.

Bila part colour, 2-2 anak agak fail disitu, sampaikan kambing pun diwarnakan dengan bendera Germany sebab sukakan sukan bola sepak.

4 comments:

  1. Alahai..comelnya dia merajuk...macam mn lah nanti anak2 sy dah sekolah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. jenuh nak pujuk kalau dia merajuk, kadang tu kita yang naik stress. If anak-anak Rizziela dah masuk sekolah, jgn lupa ambil gambar-gambar buat kenangan

      Delete
  2. sweet-sweet moment macam ni comes only once.

    ReplyDelete