Nuffnang Ad

Tuesday, 31 May 2016

Kemas mengemas

Beberapa hari sebelum cuti sekolah, lepas balik dari training singgah IKEA mencari beberapa storage untuk toys yang berlambak-lambak dirumah tu so IKEA la tempat yang sesuai, kan.

Sebelum apa-apa kenalah isi perut dulukan, maklumlah dah seharian duduk di padang tu. So makan dulu then baru best nak pusing satu showroom tu sambil cuci mata tengok idea-idea dekor yang best-best, kan.


Tak sahlah kalau tak menyinggah di kedai LEGO di The Curve, kan. Ada pulak yang berkenan di hati tapi tak jadi beli cos nak tunggu nanti la beli sebab storage tak muat dah di rumah tu.

Dah beli storage apa semua, masanya untuk mengemaskan toys. Mana toys yang dah tak main atau dah tak sepadan dengan usi masing-masing diletakkan dalam satu beg untuk didermakan. Dah buat carboot sales lepas so rasanya tak ada lagi toys yang nak dilet go. Kalau ada pun kena tunggu lama lagi sikit la jawabnya. Tapi ada juga beberapa items yang nak dilet go tak habis dijual masa CBS haritu, so kena iklan disini la jawabnya.

Petang sikit baru pergi makan di Thaqwa pula, kata Daddy Jack roti canai dan kari kambing nya sedap. Ya, memang sedap tapi servis agak lambat sikit mungkin sebab dah petang orang agak ramai.

Tengok kat FB ramai betul kawan-kawan dah pergi Korea, ingat nak letak sebagai salah satu destinasi impian. Sebelum kita ke Korea, kenalah mencuba makan makanan ala-ala Korea dulu so malam tu pergilah dinner di Seoul Garden mencuba buffet spread dia. I pergi ke sini dengan officemate, mencuba buat pertama kali cos masa we all duduk Adelaide dulu tempat ni baru buka.

So far nampaknya semuanya pass la untuk ke Korea, tapi disini makanannya mungkin okaylah dengan tekak kita, tapi sampai sana tak tahulah macamana kan. apapun, Korea tetap masuk dalam senarap percutian impian kita, dah sekarang kenalah rajin-rajin tengok cerita Korea untuk memahamkan budaya dan cara hidup sana pulak.

Servis Honda

Dah sampai masa menghantar my Blue baby untuk service. Mujur dah dekat aje service centre, sebelah rumah aje, kalau tak jauh nak membuat u turn semua.

Servis pun dah canggih sekarang, siap ada cafe lagi. But still ada free foods untuk client. Terbaik la service dari Weststar sekarang ni.

Cuti-cuti sekolah ni pun masih kena menyiapkan beberapa projek sekolah anak-anak. Nak siapkan awal sebab nak bercuti punya pasal, nanti taklah kelamkabut time bulan puasa masa buka sekolah nanti, kan.

Thursday, 26 May 2016

Berjalan seketika

Kalau ada masa free, ikut Ibu pergi jalan-jalan sekitar Jalan TAR. Adakalanya menemankankan mencari jubahlah, tudung la, kain pasang dan macam-macam aktiviti lagi.

Kebetulan masa ikut tu, I berpusa so beli pau frozen buat buka puasa nanti ajelah. Sedap sungguh pau yang dibeli di area KWSP ni, lembut dan gebu aje.

Dah lama tak naik public transport. Sesekali naik esp bila pagi-pagi terasa kenangan masa bekerja di Shah Alam dulu.

KL Sentral dah banyak perubahan sekarang, banyak kedai-kedai yang dah dibuka. Tambah pula ada Nu Sentral, lagi happening dengan pelbagai tempat makan dan juga cafes.

You all pernah makan Puding Raja? I tak berapa reti nak makan sebab katanya manis ya ampun. Entah, sejak Ibu memperkenalkan makanan ni belum pernah rasa nak mencuba.

Di kala panas-panas ni, roti aiskrim menjadi pilihan. Tambah pula dengan chocolate sauce dan juga kadang, memang best. Makan 2 keping pun tak sedar diri.

Monday, 23 May 2016

Di hujung minggu

Hujung minggu adalah hari untuk berjalan-jalan bersama keluarga. Jarang we all duduk rumah seharian, selalunya keluar makan ataupun membeli barang. Janji dapat keluarkan, kalau terperap aje dalam rumah bosan jugak.

Tempat yang selalu dikunjungi tak kisahlah kalau pergi mana-mana shopping adalah di KEDAI SUKAN !! Tak pernah tak miss pergi kedai sukan. Selalu yang dibelek adalah boot-boot baru yang latest dan juga beberapa peralatan sukan yang lain.

Kalau ke Pavillion, suka makan di Serai, Level 6.Makanan agak banyak pilihan berbanding dengan Madam Kwan's tapi both ada menu tersendiri. Madam Kwan's terkenal dengan Nasi Bojarinya manakala Serai dengan Nasi Kerabunya.

Makan petang di NZ pulak. Maklumlah makanan tengahari dah terbakar kalorinya  so makan yang ringan-ringan ajelah. 

Ringan tak ringan jugaklah makanan yang diorder. Tapi bukan sepinggan sorang, share sesama kita aje. So taklah membazir kan.

Balik, tolong Daddy basuh kereta pula sementara belum petang sangat. Sambil tu dapatlah main-main air dan siram pokok bunga Mummy, kan.

Malam pulak, terlebih rajin nak membuat dendeng daging hasil resepi mak mertua. So, berketuk-ketuk la memalam hari tu menyediakan juadah dendeng yang nak dimakan dengan nasi impit.

Sunday, 22 May 2016

Ke Paviliion

Selain KLCC, tempat favourite lain di hujung minggu adalah ke Pavillion. Sesekali masuk ke area segitiga emas KL ni mengimbas kenangan masa bekerja di Menara Promet, zaman bujang dulu. Tempat kerja yang pertama lepas grad from UiTM dulu, as a graphic designer di The KAB Group Berhad, owner rangkaian Hotel Impiana.

Kalau ke Pavi, selalunya we all parking di tempat yang sering we all masuk, senang and familiar dengan kedai yang selalu we all lalu. Malas sebenarnya nak cuba parking tempat lain. Even kat KLCC pun sama juga, mcm la parking tu limited kan padahal saja gatal.

Singgah La Juiceria untuk memberi my detox drink. Tapi sekarang ni dah buka outlet di KLCC so senang la sikit nak membeli stok seminggu.

Mana boleh tak makan malam, so kenalah masak juga untuk dinner. Masak-masak pun simple aje, janji boleh dimakan. 

You all kena try detox drink from La Juiceria ni, memang sedap sangat-sangat and very effective. Selalunya I buat detox selama sehari tanpa makan apa-apa, lepas tu memang best la rasa badan, ringan sangat-sangat.

Saturday, 21 May 2016

Bila cuti

Bila hari cuti memang seronok la dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta. So bangun pagi prepare breakfast untuk semua. Tak payah lagilah pergi makan kat kedai merata, duduk rumah sambil tu boleh kemas-kemas apa yang patut.

Selain tu, dapat prepare healthy breakfast untuk diri sendiri juga, kalau makan di mamak, berkalori la naik badan ni tambah pula makan roti telur dan juga teh tarik.

Tengahari masak simple, ikan pekasam dan juga sup ayam pun cukup menyelerakan. Tambah pula nak puasa ni, so stok makanan yang simple kenalah banyak sikit.


Dah settle semua kerja rumah, mengisahkan kebun mini pula. Setakat ini sempat menanan pokok mint dan juga daun kesum sahaja. Pokok kari dan pokok limau dibelakang rumah, pun belum sempat nak tengok.

Malam seperti biasa, training bola. Walaupun cuti, training tetap berjalan seperti biasa.

Mencuba barbershop baru di Melawati mwt53100 di Fasa 6, dah ada yang dekat, tak perlulah pergi sampai ke TTDI lagi. Tapi mungkin baru so the service sangat lambat sikit. Hopefully dapat diperbaiki lagi.

Thursday, 19 May 2016

Birthday party for the gentlemen

1st May yang lepas, dapat undangan birthday daripada classmate Danish di Concorde Hotel. Kebetulan cuti panjang kan so, kita pergilah sama-sama menghantar. His parents ajak we all stay tapi we all seganlah so makan sikit then kebetulan abangnya pun buat birthday party bersama, then ramai kawan-kawan abang dia yang datang so we all makan sikit then cari tempat lain untuk melepak sementara tunggu Danish habis berparty dengan kawannya.

Sementara menunggu Danish berhappy celebrate birthday kawan dia, we all melepak di Hard Rock Cafe sambil menonton live soccer di big screen. Since dah lama tak melepak sini,last lepak time Danish kecik lagi sebab nak tengok mini concert aje.

So kita makan yang ringan-ringan ajelah sambil minum kopi

Layan game sampai 1st half aje then nak balik dah cos dah pukul 10pm dah. Nanti kita datang lepak lagi sini.

May your sky be full of color and your grass forever green.May it mean more than the others and less than the rest and please know that you are wished the best of the best!
Happy birthday, Farhan Ismail


To the sweetest boy ever
Hope your birthday brings you as much enjoyment,
As the pleasure and amusement you bring to everyone else!
Happy Birthday, Farhat Ismail


Wednesday, 18 May 2016

Fresh to go, easy to eat

My perfect day would be picnic with my kids, enjoying the fresh and comfort foods.

Sesekali berpiknik di padang memang best tapi yang tak bestnya bila kena sediakan makanan. Tapi sekarang tak susah rupanya. Bila kata nak piknik, singgah aje 7 Eleven, ada banyak pilihan makanan untuk dipilih antaranya pelbagai makanan dari Fresh To Go. Ada bihun goreng, sandwich and even telur 1/2 pun ada juga. So senang la kerja, just grab and eat. Semua sekarang ni kena cepat, thanks to 7 Eleven di atas perkhidmatan ini. Bihun goreng dia sangat sedap, nanti nak pergi beli lagi.

Thursday, 12 May 2016

Garage sale

Hari Sabtu kalau tiada latihan bola, memang legalah sikit cos dapatlah pagi-pagi ke Pasar Tani membeli barangan basah untuk stok seminggu. Beli ikan, daging serta sayur-sayuran seawal pagi so dapatlah yang cantik-cantik dan elok sikit. Kalau pergi tengahri alamat sayur pun dah layu dibuatnya.

Ikut Daddy Jack menghadiri majlis perkahwinan kawan sepejabatnya di Shah Alam. Anak-anak tak ikut sebab ada program lain dengan Ibu.

Ibu seperti biasalah, angkut the boys pergi jalan-jalan, so taklah bosan depa terperap duduk melanguk dalam rumah aje. Kali ini ikut ibu naik bas Hop In Hop Out, pusing sekitar KL. Kalau dengan Mummy, entah bila kala la nak merasa naiknya.


Balik dari makan kenduri di Shah Alam, ternampaklah signage GARAGE SALE di area Melawati. Ehh, lama dah tak jumpa signage ni, ni sure orang yang baru balik dari oversea ni.

Memang betul pun, lagi best yang empunya garage sale ni adalah kawan kenal di IG, Julie namanya. Dia dah balik for good dah so tak dapatlah tengok kisah hidupnya duduk di Dublin lagi dah. Dulu masa kat Adelaide, suka tengok IG kawan-kawan yang duduk oversea, antaranya Dubai. Germany, Doha, Washington, UK, even duduk di Indonesia pun seronok tengok aktiviti masing-masing.

 Kalau tak balik dari UK, tak sah la kalau tak angkut portmerion kan, Mujurlah we all duduk Australia, itupun angkut Corelle dan Corning sampai berkotak-kotak dibuatnya.

Petang tu, Ayah message kat semua adik beradik ajak melepak di KLCC, as usual lah dalam pukul 7 semua dah gerak keluar dari rumah, then solat di KLCC aje.

Kali ni we all pilih makan di Pizza Hut ajelah, malas nak makan di tempat biasa, Madam Kwan cos ramai sangat umat manusianya. Sesekali lepak makan pizza sekeluarga, best juga. Yang penting sesi gelak ketawa, borak-borak dan juga hiruk pikuk tu yang best sekali.