Hari pertama tournament bermula. Pagi-pagi breakfast di hotel dulu, just a simple breakfast aje, tak perlu makan berat-berat nanti tak boleh nak main bola pulak.
Kali ni we all ke padang dengan menaiki bas yang disediakan untuk satu team, senang la tak perlu nak sewa teksi mcm pertama kali pergi dulu. Pergi senang dapat teksi tapi bila balik, dekat 2 jam tunggu.
Tournament kali ini best, ada keluarga my uncle pun ikut sekali cos 2 anaknya pun join sekali for U12 dan U16. Taklah bosan macam first time pergi dulu kan, tak ada geng nak bersembang tepi padang tu.
Tournament masih di tempat yang sama, Harrow International School di area airport Duan Mueng, Bangkok.
Tak sepanas macam tahun lepas, cuaca just nice aje. Ada beberapa team yang dah datang tahun lepas. Dari Malaysia ada 2 team sahaja, satu lagi dari team Selangor.
Ryan yang akan memulakan game dulu seawal pukul 9am while Danish start around 10am.
Prepare for him first, dengan boot baru yang memang dibeli khas untuk tournament ni, and kena pastikan Ryan selesa dengan boot baru ni untuk mudahkan bergerak sana sini.
Menjadi his favourite position, Mr Goalie untuk team U8
Tapi terpaksa melepaskan 2 gol tapi cekap juga menyelamatkan beberapa gol yang nak masuk.
Last year, tak dapat minum puas-puas watermelon smoothies tu tapi tahun ni lepas dendam. Sampai aje, lepas habis game Ryan terus pergi beli dulu. Tahun ni ada kelainan, siap ada coffee station lagi so one watermelon smoothies and satu lagi Iced coffee, kembung la perut.
Danish jadi captain untuk tournament ini. Tapi teamnya tak cukup orang untuk reserve, so semua kena main sehabis baik yang boleh.
So both team layak untuk mara ke peringkat seterusnya, dalam pukul 4pm semuanya dah settle and tak sabar nak balik ke hotel. Nak berehat pulak.
Sampai aje bilik hotel, masing-masing berendam kaki dalam pool after nak hilangkan lenguh-lenguh kaki tapi tak swimming sebabnya masing-masing nak rehat kepenatan.
Dah rehat dan tidur sekejap, baru tersedar tak makan nasi lagi so siap-siap and bergegas keluar untuk makan di kedai di sebelah hotel tu. Malas nak pikir menu, just nasi putih, tomyam dan juga kerabu mangga sahaja. Itupun dah cukup sedap dah untuk perut yang lapar ni.
Pulut mangga bungkus aje, sebab dah kekenyangan makan nasi. Tak maulah tamak sangat so kita makan di bilik hotel ajelah.
Dah malam sikit baru Daddy Jack ajak berjalan-jalan ke satu tempat hometown Leicester City Football Club katanya di King Power Plaza. We all kena pergi naik train about 2 station dari hotel.
Tempat duty free rupanya, so memang ramai orang datang membeli barang-barang especially souvenir.
Nampak dari luar ajelah, nak masuk memang tidak lah, kita beli kat KL ajelah nanti.