Selalunya jarang nak jumpa kedai makan yang menepati selera we all anak beranak, kalau ada pun yang selalu we all pergi adalah Restoran Omak Den di Melawati tetapi disebabkan selalu ke sana, so lama-lama boring jugak, kan. Entah macamana tengah godek-godek IG, ternampak pulak IG Kantin Asam Pedas di area Ukay Perdana ni.
Kecik aje restoran ni, separuh kedai aje cos share dengan kedai jahit disebelah. Kalau penuh di dalam, boleh makan di luar aje.
Deco banyak menggunakan pelbagai barangan vintage dan antik, mungkin hasil simpanan daripada owner. Deco kedai pun simple aje, meja makan semua gunakan kayu palet aje.
Antara menu di Kantin Asam Pedas, semuanya bercirikan asam pedas. Pilih aje mana yang kita nak, semua nampak sedap-sedap belaka.
Menu pilihan we all, asam pedas tetel, ikan bawal goreng dan juga ayam goreng. Semua datang dalam bentuk set, cukup air dan semangkuk kuah asam pedas. Tak ketinggalan sambal belacan dan juga ulam-ulaman. Memang terangkat makan sampai berpeluh-peluh panas.
I memang tak begitu pandai nak membuat asam pedas, ada masa terlalu cair so macam tak begitu nak menjadi. Jalan terbaik adalah beli pes dari Muar, dan selalunya Mak Pon jadi pujaan sebab kena dengan tekak semua dalam rumah ini. Mak Pon sekarang dah ada yang dalam botol, so tak perlu nak frozen kan lagi. Ada sesiapa balik Muar? Nak kirim beli lah.