Nuffnang Ad

Thursday 29 September 2016

Semua pasal bola

Biasalah kan, waktu hujung minggu dipenuhi masa di padang bola sahaja. Ini pun league dah bermula even hujung minggu cuti yang panjang ni pun ada game, tak dapatlah nak gerak ke mana-mana. So, weekend ni kita duduk relaks ajelah kat rumah.

Isnin dan Rabu memang dah kena bertunggu tangga di padang KLFA, Danish ada weekly training disini. Tapi selalunya Isnin semua berada disini tapi Rabu, Daddy Jack yang tunggu cos Ryan ada tuition, so I kena hantar.


Sementara tunggu Danish habiskan training, I akan berjogging sekeliling padang bola. dari duduk aje bersembang, bolehlah kuruskan padang, kan.


Kalau rajin, Daddy Jack akan bawalah the boys pergi tengok bola. Ada sekali tu, ada game di Stadium UiTM antara JDT dan juga team UiTM. Dapatlah bergambar dengan Aidil Zafuan, 


Kadang, ada game yang tertentu, dapatlah souvenir dari pemain antara yang selalu dapat adalah jersey.

Tak cukup bermain bola di padang, sambung pulak bermain game di rumah. Tapi game pun taklah sampai petang, cukuplah 1 jam sekali aje main game.


Selalunya kalau dah habis tournament, we all singgah dulu makan di kedai. Tak larat lah nak masak sebabnya dah berpanas di padang. Selalunya bila habis game, Danish or Ryan memang akan lapar ya amat, semua menggelupur cari makanan, that's why dalam kereta memang dah siapkan roti-roti untuk lapik perut sebelum pergi makan di kedai.

1 comment: