Nampak tak lembaga hitam tu, bangun lambat lepas tu bising kenapa bukak TV tak tunggu dia, and then mulalah buat drama merajuk dia tak nak mandi semua. Eiii, tak kuasa nak melayan.
Pagi yang tak ada game bola dapat la pi breakfast kat tempat lain selain mamak. Kali ni kita bersarapan di Warung Mak Jah di Jalan Kolam Air, Ampang Jaya. Dah lama tak bersarapan disini, lontong and kuih muih sangat sedap.
Singgah pasar beli barang basah. Dapat la stock untuk 2 minggu, okaylah tu. Kalau tu kita makan la makanan lain mcm mee sup ke, mee kari ke. Kalau selalu makan nasi, jemu jugak, kan. Dah siap bersihkan, kita pack sikit-sikit ikut portion nak masak taklah jenuh nak rendam untuk semua sekali.
Then kita pun bersilat di dapur memasak pula untuk makan tengahari. Kari kambing, ayam goreng dan sayur goreng, dah la. Lepas Zuhur, semua dah terhidang and makan.
Dah petang and selesai tugasan sekolah semua barulah boleh kasi the boys main game, kalau tak dari pagi pun boleh main sampailah malam. Game selalu kena catu, 1 hari cuma 2 jam sahaja dibenarkan main, TV pun sama juga. Kalau tak dilarang, memang hadap la sehari suntuk.
Bila perut kembali lapar, mulalah Daddy Jack ngajak pi makan Burger King gunakan kupon yang dihantar ke rumah. Aishhh, macamana nak kurus kalau dah macam ni punya makanan. Tapi I just eat a Whopper Jr aje, tak minum pun soft drink and fries. itupun dah rasa menyesal dah.
Bila cuti mmg masak adalah wajib kan..
ReplyDelete