Nuffnang Ad

Sunday, 13 November 2016

Kari kepala ikan glamer

Pagi Ahad biasalah traini macam biasa, tak boleh tak pergi tambahan pula dah habis exam ni. Pagi-pagi dah bangun semua, tanya pukul berapa nak pergi training. Semangat betul.

Lepas Ryan, sambung pula training for Danish. Kena la tunggu sampai pukul 10am kali ni. 

Sesambil menunggu tu, kenalah berlari beberapa pusingan, untuk kesihatan dan juga kuruskan badan.

Konon dah berlari hampir 3km udahnya kecundang dengan mamak NZ jua. Nasib ler, labu.

Perut dah kenyang, so balik tak perlu nak pikir hal masak lagi. Just lepak sambil tengok TV while the boys main LEGO and siapkan hal robotik.

Tengahari Ayah msg ajak pergi beli Kari Kepala Ikan Jalan Kampung Attap. Glamer katanya tempat ni, ramai yang datang makan kalau hari biasa esp kawan-kawan Ayah. I ikut ajelah, tapi selalu juga tengok di IG dan FB ramai yang kata tempat ni sedap.

Nampak merah kari tu memang sedap, bau pun dah menggugat keimanan. Nampak kelainan kari ikan ni rupanya letak tauhu kering tu, tak sabar nak makan dah ni.

Ni la rupanya kari ikan Jalan Kampung Attap tu. Set makanan dia memang best, ada bawang kicap pun dah best dah. Lain kali datang akan makan disini. Kali ni Ayah just take away aje, makan ramai-ramai di rumah. Kalau makan disini mesti berpeluh-peluh panas dan sedap.


No comments:

Post a Comment