On the way balik ke KL, menyinggah kejap di Pasar Pagi Maran. Saja menyinggah cos Ayah dan Ibu dah beberapa kali kesini, katanya banyak sayur-sayur kampung yang segar dan best. Sampai pun dah agak lambat, lebih kurang pukul 9am tapi masih ramai lagi yang menjual.
Sayur-sayur kampung memang banyak dijual eg pucuk paku hijau, merah sayur pucuk manis dan macam-macam jenis jugaklah.
Sedapnya pucuk paku merah buat bubur lambuk, jering buat ulam dan macam-macam jenis ulam-ulam lagi ada disini. Geram semua tengok nak angkut bawak balik KL aje.
Satu benda yang pelik dijumpai disini, kacukan cempedak dan juga durian, apalah namanya agaknya Cempoyan atau Dudak ke gamaknya. Rega pun boleh tahan so kita nak mencuba, belilah dua bijik. Semarak baunya sepanjang jalan balik ke KL.
Merata ceruk orang menjual pelbagai jenis sayur kampung, baik yang buka meja ataupun hanya menghampar tikas atas jalan tar sahaja, tapi semua nampak nak beli.
Ikan Patin hidup yang dijual banyak disini. Pelanggan pilih, then penjual akan bungkuskan kepada pelanggan. Sure seronok dapat makan ikan fresh, tapi I bukan penggemar ikan patin. Tak reti pun nak makan sebenarnya.
Dah pusing satu pasar tani tak boleh menhan diri dari membeli beberapa sayur mayur yang segar ni antaranya serai, nangka muda, jeruk mamam, daun kunyit dan beberapa ulam-ulaman.
Ni namanya buah keranji, satu kemestian dulu kecik-kecik balik Kuantan mesti akan makan buah ni sambil duduk berlonggok di pangkin rumah arwah Tok.
Perjalanan balik ke KL we all tak keluar highway, tapi lalu jalan dalam menuju ke Temerloh. Nampaknya Sungai Pahang masih cetek lagi, belum hujan lebat. Ni kalau musim tengkujuh melimpah aje sure banjir besar sekitar kawasan sekitarnya.
Kalau dah lalu Temerloh singgah makan la apalagi. Kedai yang selalu we all pergi dulu rupanya tutup hari Ahad so kita pun mencari tempat makan lain pula, di tepi Sungai Pahang. Nampak lauk pauknya semua sedap-sedap sangat. Dah diletakkan dalam mangkuk-mangkuk kecil aje so senang orang nak ambil.
Lunch we all di Temerloh, sedap makan. Tersandar kekenyangan semuanya.
Perjalanan balik ke KL diteruskan. Jalan pun tak sesak cos orang semua masih bercuti lagi extra 2 hari sempena Deepavali.
Malam, menyinggah pula ke KLCC. Saja berjalan menghabiskan masa yang ada bila cuti ni.
Bricktober masih berlangsung waktu itu tapi LEGO yang Daddy Jack tak ada pulak disini.
Makan di The Penang Cafe ajelah, malas nak pikir makan kat mana dah. Just makan rojak and share aje makanan dengan yang lain.
jadi rasa cempedak + durian tu macam mana? huhuh..
ReplyDelete