Sabtu lepas, Danish ada memasuki pertandingan Robotik anjuran kelab luar dan juga pihak sekolah. Pertama kali menyertai pertandingan Robotik ni cos baru tahun ni join kelab robotik yang pertama kali diperkenalkan di sekolah. Daddy Jack tiada, bermesyuarat so I la yang kena temankan Danish ke pertandingan tu. We all sampai awal, dalam pukul 8 then register dulu cos mula pukul 9 pagi.
Since sampai awal, so sempatlah breakfast dulu di kantin sekolah sambil Danish repair apa-apa yang patut robot dia tu.
Danish masuk 2 competition, satu racing car and satu lagi tak lain tak bukan selagi ada yang berkait dengan bola, itu la yang dia masuk.
So, game pertama bermula dengan Racing Car dulu. Hanya 4 peserta sahaja yang memasuki pertandingan ini so dengan tak disangka-sangka Danish berjaya menjadi juara untuk pertandingan Racing Car ini. Well done, Danish Imran.
Masa soccer game ni agak terkilan sikit cos robotnya buat hal pulak, sampai kena baiki sikit so dapat tempat ketiga.
Tahniah Danish Imran dia atas 2 kemenangan ini. Pertama kali join and terus jadi juara dan juga tempat ketiga, tapi sayangnya tahun depan tak dapat join cos untuk Darjah 6, aktiviti ko-ko tidak didakan sebab nak UPSR.
Balik from pertandingan robotik, kena pula attend majlis appreciation for school leaders di Kelab Darul Ehsan. Mujur ada my BIL yang tolong hantarkan cos anak-anak dia pun terlibat sama juga di majlis itu.
Seharian tak makan nasi, cos tak ramai yang ada dirumah so tengahari just makan bihun goreng ajelah, goreng telur mata and makan dengan sambal kicap bagi terangkat pedasnya.
Isnin lepas, Danish ada meeting di antara sekolah, untuk join peringkat sekolah di peringkat yang tinggi sikit dalam bulan Disember nanti, tapi tarikh clash pula dengan tarikh friendly match bola nanti.
So, practice la memasang LEGO dirumah ni aje, itupun ada beberapa kotal yang masih belum dibuka lagi. Nak tunggu Daddy Jack duduk and hadap memang entah bila so anak-anak yang settlekan dulu mana yang patut. Daddy Jack pulak rajin menambah koleksi sampaikan dah penuh dah LEGO pelbagai jenis di rumah ni. Dah hobi dia anak beranak, layankan ajelah jawabnya.
No comments:
Post a Comment