Selain KLCC, One Utama juga menjadi tempat hujung minggu untuk hangout bersama-sama family. Tapi kalau nak ke sini kena keluar awal takut nanti jem bawah flyover nak masuk ke sini. Then parking pun senang juga kalau awal, tak perlu parking jauh-jauh dari main entrance.
Dah nak exam tetiba sibuk pulak nak cari game untuk anak-anak tapi I dah cakap, kena simpan sampai cuti sekolah nanti baru boleh main. Masa sekolah tak boleh main esp nak exam ni.
Baru beberapa minggu game ni terus disambarnya, inipun ada satu game lagi keluar dalam bulan November, tak pasti bila. Dah dapat apa yang dihajati, bukan main lagi ajak balik.
Sebelum balik, kita menyinggah makan di TGIF's Friday dululah. Orang pun belum ramai lagi so bolehlah nak melepak and sambil senang lenang makan.
We all share aje makanan, sebabnya tak lapar sangat so I hanya makan seafood platter sahaja dengn watermelon smoothies while Danish makan pizza aja.
Dah habis makan, teringin pulak nak makan dessert but just share ajelah bertiga, so makan la brownies with ice-cream.
Dah selesai makan, so kenalah bergerak kasi bakar kalori tu pulak so kita menyinggah la kejap Uniqlo untuk mencari baju-baju yang offer di bakul-bakul, manalah tahu ada yang berkenan.
Balik aje, masa bukak internet ternampak ni ada kawan share di FB, ehh macam kena aje gambar ni rupanya ada yang sudi juga kongsi gambar yang I ambil untuk diletak dalam web mereka. Mujur bagi kredit, kalau tak boleh saman tu..hehehehhehe.
Sabtu dan Ahad seperti biasalah kan dimana lagi kalau tidak di padang bola. Kadang tu sampai kena berpecah dua we all sekeluarga, normally I temankan Ryan di Melwati and Daddy Jack bawa Danish ke The Camp, One Utama.
Kadang makan breakfast di McD aje kalau tak sempat nak ke mamak
Kalau sempat and Danish punya game agak lambat, bolehlah menyinggah kejap tengok Danish main pula.
Kalau dah balik tengahri memang masak pun ala kadar ajelah. Makan ajelah apa yang sempat dimasak. Adakalanya sempat juga siapkan sebelum pergi bola semua so balik just panaskan apa yang patut aje.
Bila dah petang tu kalau terasa lapar lagi, so bermamak la kita, sebab dah seharian tak ke mamak kan, mana boleh. Sure rindukan penangan mamak juga sesekali.
No comments:
Post a Comment