Nuffnang Ad

Tuesday, 31 January 2017

The Legoland Theme Park - Part One

Orang tak ramai beratur di kaunter tiket, so tak perlu nak la tunggu lama. Since we all cuma 4 beranak aje yang pergi so masuk theme park ajelah, malas nak masuk water park. Unless ada ramai geng, baru syok mandi-manda sekali. Kita jalan-jalan explore ajelah theme park ni, bukan selalu datang pun.

Sementara nak menunggu gate dibuka, posing wajib di depan pintu masuk. Tiket beli mahal, jangan harap nak masuk kejap-kejap aje. Daddy Jack dah warning, selagi tak tutup, kita jangan keluar.

Masuk aje, terus serbu ke tempat LEGO City dulu, Boating School sebabnya orang agak tak ramai. So kita naik berpasang-pasanganlah.

Me and Danish while Daddy Jack dengan Ryan satu boat

Then lepas tu the boys masuk Driving School, ni khas untuk anak-anak aje. Mak pak tak bolehlah join sekali, just tengok aje dari tepi.

Dah mahir dah bawa sendiri, dulu takut-takut aje

We all pergi masa time Krismas, so ada big christmas tree dibuat dari LEGO juga

November lepas, satu attraction baru telahpun dibuka, Ninjago. Tu yang Daddy Jack beria ajak pergi sebab dianya pengumpul tegar koleksi Ninjago ni.

Daddy Jack la orang yang paling seronok sekali, dah macam budak-budak aje perangainya. Excited terlebih, kata the boys.

Then, we moved to Rescue Academy, ohhh ini paling penat sebab nak gerakkan all the vehicle kena gunakan tangan dengan laju untuk menyelamatkan bangunan terbakar. Termegah-mengah nak gerakkan tangan, macam rasa nak tercabut dibuatnya.

Then, the boys menaiki ride di City Airport, walaupun ride nampak macam budak-budak tapi seronok aje masing-masing.

So, dah settle semua rides di LEGO City, so kita explore tempat lain pula.

Masuk Land of Adventure pula. Cuaca pun agak baik, tak terlalu panas, mendung and redup aje.

Dah beberapa kali menyinggah cafe, beli snack and air.

Dalam pukul 11pm, masing-maisng dah kelaparan. So singgah Market Restaurant untuk makan dulu sementara orang belum ramai lagi.

Dulu masa we all first time datang Legoland ni, tiket dah termasuk sekali dengan package makanan tapi sekarang ni makanan semua kena beli asing-asing dah.

So order for the kids ajelah cos we all masih kenyang makan snack tadi aje, nanti later kalau lapar barulah cari tempat makan lain pulak.

Nasi ayam for Danish and Fish Fingers for Ryan. Masing-masing datang dalam bentuk set. I just minum kopi ajelah buat hilangkan rasa letih berjalan sana-sini.


The Legoland Hotel - Breakkie session

Pagi-pagi dah turun untuk breakfast pula, tak sabar nak tengok apa pula jenis makanan yang ada. We all sampai masih belum ramai lagi. Semua masih belum bangun tidur lagi agaknya.

Cereal aje dah berjenis-jenis ada disini, the boys seronok ambik semua untuk cuba

Pilihan I tentulah dibahagian egg station, so pilihan adalah omelette dan juga sunny side up.

Makanan memang banyak, tapi kita masih dalam mood berdiet so kenalah makan ala kadar aje, nasi lemak, mee goreng semua kena tinggalkan dululah jawabnya. Ini pun dah cukup heavy makanannya tapi memikirkan nak berjalan dalam theme park kena perlukan tenaga yang banyak so makan kena lebih la sikit.

Macam tak percaya semua ni dari LEGO Bricks. We all yang kotak biasa pun buat seminggu inikan bulan nak buat size 3D ni, maunya makan berminggu-minggu nak menyiapkannya.

Ternampak pulak section porridge, memang tak dapatlah nak mengawal diri dari tak makan. Kalau breakfast di mana-mana hotel pun, I tetap nak cuba makan congee, sebab sedap sangat pagi-pagi makan bubur style cina ni especially taruk daun bawang banyak-banyak sedap aje telan.

Dah kenyang semua, perut pun dah sendat so kita pun nak start our adventure dalam park tu. Park pun buka pukul 10, so dalam pukul 930am macam tu dah ready semuanya nak tunggu di kaunter tiket.

Friday, 27 January 2017

The Legoland Hotel - BBQ nite

Lama betul nak tunggu update pasal Legoland ni kan, masa tu macam tak terkejar aje dibuatnya, so cuti panjang ni kira rajin la update semua back dated entry.

So, lepas swimming we all pun siap-siap nak ke dining hall cos dah booking sekali dengan BBQ buffet, so tak perlulah w all keluar and cari makan, sebabnya disini semua ceruk and pelusuk rasa macam best aje. Sementara menunggu sempat lagi main game di kids area tu.


Semuanya berunsurkan Lego termasuklah alas meja. Good idea for the kids, sementara nak makan, boleh buat aktiviti colouring dulu.



The buffet spread memang banyak sangat makanan, sampaikan we all pun tak tahu mana satu nak pilih makanan untuk dimakan dulu.


Makan lauk pauk dulu, ada macam-macam jenis makanan laut, ayam, daging malahan kambing pun ada juga. Sayur, salad even pelbagai jenis nasi pun ada disediakan. Memang semua akan tersandar kekenyangan jawabnya.


Dessert pun sama juga, ada bubur, ice cream, kuih muih dan varieties of cakes disediakan.


Udang bukan sekecil-kecil udang, malahan tergolek-golek Prawn Tiger masa sweet and sour. Nyum nyum.


Makan lauk pauk pun perut dah sendat, inikan pulak nak mencuba pelbagai macam jenis dessert ni.


Salad bar dan juga cold cuts yang ada bermacam-macam jenis juga disediakan.


Even Japanese food pun ada juga, tapi taklah banyak, just mcm 4 pinggan sushi aje.


Ice cream dan juga section bubur disini


I like this hotel so much, memang child friendly betul. Sementara makan, ada juga disediakan aktiviti untuk anak-anak. 

Aktiviti menghias cookies, terpulanglah nak buat macamana, semua topping boleh digunakan then boleh dimakan


Cookies masing-masing yang telah siap dideco


Ingatkan di dalam aje penuh makanan, rupanya kat luar ada BBQ section, stimbot dan juga gerai mee pulak. Ya ampunnn, mana nak sorok semua makanan dalam perut ni.


Pasta and noodle hanya mengambil gambar stall aje, makanan dah tak mampu nak makan dah.



Ini ajelah yang mampu dimakan untuk BBQ, ada kambing golek semua macam dah tak boleh nak sumbat lagi dah.



Legoland yang sangat cantik di waktu malam, esoknya nak mulakan aktiviti kami anak beranak disini

Semuanya tidur kekenyangan.....