Nuffnang Ad

Thursday, 9 February 2017

Hujung minggu

Hujung minggu adalah waktu untuk berkemas-kemas apa yang patut, normally almari baju ataupun tempat kasut. Mana-mana kasut atau baju yang dah taknak pakai tu, normally akan dihantar ke tong-tong sumbangan untuk rumah kebajikan aje.

Lepas berkemas, baru terasa nak breakfast. Selain mamak, melepak jugak kedai makan melayu. Selaluya for breakfast we all suka ke Mak Jah Corner area Ampang Jaya tu. Banyak pilihan kuih muih disana.

Dah berkemas, mana sempat nak masak tengharinya so makan ajelah di kedai, pilihan anak-anak pula kali ni, nak makan tomyam so bergegas la kita makan di kedai favourite semua di Keramat.

Dah lepas makan, we all nak mencari barang di mana lagi kalau bukan IKEA sana. Jam dirumah ni dah rosak so dah sekolah ni kalau tak ada jam maunya huru hara kejap dibuatnya.

Sebelum ke IKEA, menyinggah dulu kedai Adidas mencari kasut idaman I selama ini tapi dah lama tak ada stoknya, aduhh masa memula keluar dulu memang tak terjangka asyik out of stock sahaja.

Payah juga ada pilihan jam yang berbagai-bagai jenis ni ya, serba serbi nak kena nak buat pilihannya.

Eiii, mana tak berhantu? Hajat cuma nak mencari jam sahaja, tapi berjangkit sampai penuh trolley nih.

Balik, dah terasa macam malas aje nak masak so menyinggah la kita beli satay ajelah untuk makan malam, Phewww memang tak berasap sungguh la dapur rumah I minggu tu.

Balik aje terus mengemaskan buku sekolah anak-anak, check homeworks and juga beberapa keperluan lain juga. 

No comments:

Post a Comment