Akhirnya dapat juga we all masuk mini gallery Star Wars ni, walaupun we all bukanlah peminat cerita Star Wars pun, tapi disebabkan LEGO, we all masuk la juga.
Dalam pukul 6 we all bergerak ke taman mini pula, melihatkan Bangunan Istana Bukit Serene ni cantik sangat hasil menggunakan blok LEGO sahaja.
Ada pula Stadium Larkin, salah satu tarikan baru. Siap ada chant pasukan JDT lagi kat sini, serius memang hebat la.
Tengok KLCC, rindulah KL
Masa untuk bershopping LEGO. Masing-masing dah ada pilihan sendiri cuma katanya tak banyak pilihan macam di KLCC
Orang ramai dah makin kurang, maklumlah tak ramai yang bersemangat nak habiskan waktu melawat macam we all, hanya kami aje yang buat keje giler ni.
Tepat jam 8 pm we all pun nak keluar dah, staff Legoland tolong ambilkan gambar kami sekeluarga ni tanda we all semua yang paling akhir sekali keluar dari taman tema ni.
Janji dikotakan untuk masuk seawal pagi and keluar sampai dah nak tutup. Berbaloi la beli tiket mahal-mahal so tak terasalah sangat.
Muka dah letih, berlengas tapi masing-masing tetap happy malah sempat lagi nak posing tu
Badan letih, otak pun tak begitu nak berfikir so makan lagi sekalilah disini. Makan pun macam dah berapa lama tak jumpa makanan sebab sedar-tak sedar hanya makan tengahari sahaja, so kat sini makan macam dah kelaparan tahap dewa dah.
No comments:
Post a Comment