Cuti panjang raya Cina hari tu semua plan nak pergi ke tempat-tempat percutian terpaksa dibatalkan cos semua tempat fully booked. Hanya ada satu tempat aje yang masih available...balik Kuantan. We all balik on Saturday, singgah breakfast dulu di Old Town sebelum meneruskan perjalanan.
Light breakfast aje, kang makan yang berat-berat takut pulak nak ke tandas sepanjang perjalanan. Sure tandas sepanjang RnR akan penuh, so makan ala kadar ajelah.
Smooth journey, kereta pun tak banyak di jalan so kita rileks ajelah tak perlu nak berebut-rebut. Alhamdulillah, cuaca pun baik aje sepanjang berjalanan.
Sampai aje Kuantan, Ibu ajak makan arab kat Restoran Zam Zam. Malas nak order secara individu, so kita order set talam terus. 2 jenis nasi terus, kabsah dan mandhi.
On the way balik, menyinggah Giant Kuantan untuk membeli barang-barang untuk membat BBQ malam nanti. Since CNY, so banyak barang especially sayur-sayur dan juga ikan tak begitu banyak dijual.
Balik sempat singgah Pasar Malam untuk mencari lauk-lauk basah untuk tambahan buat BBQ. Dah namanya pasar malam so banyak la juga dijual makanan yang lain-lain kan. Antaranya bubur lambuk ni pun ada dijual. Ingatkan bubur lambuk ni hanya ada bila time bulan puasa aje, rupanya setiap masa pun boleh buat.
Jus mangga gelas besar pun ada dijual, minum sampai kembung pun boleh
Beraksi di dalam swimming pool baru di rumah Ayah Nan. Nampak macam best aje, kena beli jugak ni letak satu kat rumah.
Bukan sahaja berbbq, malahan nak bershell put juga. Adik beradik pakat-pakat membeli king crab dan juga lobsters. First time tengok king crab dan dapat pegang, pernah tengok kat youtube sorang minah Korea ni makan, mak aii nampak sedap aje.
Menu bbq and shell out kami sekeluarga malam tu. Makan tak seberapa tapi the kecohness and gelak ketawa tu yang best. Makanan memang banyak, tak terhabis satu malam so esok pagi just tambah nasi goreng and makan lagi all the leftovers. Mana yang tak habis, bungkus and bawa balik sambung makan di KL aje.
King crab dan lobster nampak sangat sedap!
ReplyDeleteHi.. skodeng sekejap dkt blog awak :)
ReplyDelete