Dah 3 hari 2 malam we all berkampung di JB so tibalah masa nak balik KL balik. Banyakkk sangat benda yang nak dibuat especially nak sediakan kelangkapan barangan sekolah. So, as usuallah, breakfast dulu then check out then terus balik KL.
Johor Bahru memang tetap salah satu bandar yang paling best we all pernah pergi. Since dari zaman UTM lagi JB memang tak pernah menghampakan.
On the way balik KL, menyinggah pula ke Alor Gajah, saja aje masuk Melaka. Nak beli belacan dan juga cencaluk.
Nak beli kuih udang pun kena beratur juga sekarang ni? Rasanya semua yang viral memang dah menjadi tumpuan orang ramai, kan. Dulu masa belajar di UiTM, selalu juga bawak balik KL. Dulu pun kedainya buruk aje, now dah upgrade jadi food court dah.
Singgah gerai-gerai tepi jalan aje membeli belacan, keropok dan juga cencaluk yang nak disimpan dan juga diberikan kepada sedara-mara.
Balik from JB, we all kena singgah pula Hotel Furama di KL cos Daddy Jack kena attend meeting kat sini pulak. After bincang-bincang, sambung pula cuti-cuti we all disini.
Kebetulan pula, hotel tempat we all ni dijadikan salah satu tempat penginapan untuk pemain bola yang terlibat dengan Piala Supermokh antaranya team dari France, Korea, UK malahan dari Australia juga. Seronok la the boys dapat tengok.
Pemandangan menarik dari bilik, nampak KLCC dan juga KL Tower. Berjaya Times Square betul-betul di depan hotel ni, sempat lagi kalau nak menyukat kat sini pulak.
Bilik yang luas dan juga selesa, tak sangka hotel ni nampak macam tak begitu terkenal tapi kekemasan bilik memang tip top.
Malam di hotel, we all makan roti naik from JB dengan cicah nescafe dan juga milo. Masing-masing tak nak makan nasi ataupun makanan lain, cukup makan roti and snack sahaja sebab siangnya dah makan banyak dah.
Hello Kakak, May I ask this roti cicah di JB beli di mana?
ReplyDelete