Ninjago ni baru dibuka bulan November lepas, tu yang Daddy Jack beria-ia mengajak pergi ke Legoland.
Seronok juga naik ride baru ni, terjerit-jerit semuanya nak menghabiskan task yang diberikan.
Dari kecil lagi the boys dah layan kartun Ninjago, dari episod 1 sampai la sekarang, character yang jahat pun dah bertukar ganti. We all even pernah buat birthday party bertemakan Ninjago.
Daddy Jack as always la, stuck dulu kat sini. Tengok-tengok mana yang belum ada dalam koleksi lagi.
Datang Ninjago punya tempat ni seronok tengok all the characters yang dibuat dengan menggunakan 100% bricks from LEGO and menjadikan sumber inspirasi Daddy Jack untuk membuatnya di rumah, katanya.
Then ada persembahan pula disini, terlepas show pertama, tunggu show yang kedua pula.
Seronok melihatkan kesungguhan para aktor melakonkan babak-babak dari siri Ninjago. Kalau ada rezeki, we all akan kembali lagi.
Hmm, masuk tempat Ninjago ni aje untuk lawatan kali ni dekat 3 kali keluar masuk. Masing-masing macam tak puas nak main ride dia tu. As for Daddy Jack, setiap sudut ada sahaja yang diambilnya gambar, sure adalah idea dia tu.
Ni entry kali ketiga, masing-masing berlari aje nak masuk dalam
Bergambar bersama Khai, salah satu character favourite keluarga juga ni. Ada rezeki, nanti kita akan datang lagi, Insyallah.
wah..seronok semua.
ReplyDeleteni bukan budak2 je suka. org tua pun suka