Nuffnang Ad

Tuesday 5 October 2010

Gorge Wildlife Park-Bhg 2

After bergambar dengan koala, jalan-jalan untuk feed the wallaby and kanggaro. Binatang ini dibiarkan bebas untuk memudahkan para pengunjung bermesra dengan binatang-binatang yang jinak ini. As for the boys, ini ada pengalaman yang begitu berharga buat mereka. Mana ada konsep macam nie di Malaysia (atau ada, tapi I tak tahu).

And my first experience also. Maklumlah, duduk di KL rumah memang sebelah aje dengan zoo, tapi dah bertahun lamanya tak menjejakkan kaki ke sana. Kanggaroo sini makan kacang so kenyang la bila dapat makan kacang banyak sangat.

Danish pada mulanya sangat takut untuk fed the kanggaroo, tgk gambar nie, jauhnya nak memberi kanggaroo tu makan.

Bila kanggaroo datang dekat, die makan jauh, so kanggaru tu pun ikut samalah.

Ryan the Lion first attempt untuk memberi kanggaru makan. Die memang taku sungguh dengan kanggaru, siap berpaut pada kaki I bila binatang tu datang dekat. I cuba pujuk sambil pegang tangan die, so mcm berani-berani takut la.

Bila kanggaru tu menyuakan mulutnya, terus Ryan macam terperanjat and terlepas kacang tu ke tanah.

Nie macam dah agak berani sikit la. Binatang nie memang jinak, tak adalah die nak gigit tangan Ryan yang kecik-kecik debab tu.

Ada sekali tu, agaknya kanggaru nie tengok I terkial-kial nak keluarkan kacang from my handbag, teurs die masukkan mulut dalam handbag I untuk makan terus dalam tu. Agaknya kanggaru tu pikir, lembab sangat la nak bagi aku makan.

Scene yang paling kelakar, Ryan the Lion memang takut sangat dengan kanggaru nie. Kononnya nak mengelakkan yang kat depan, tetiba ada pulak yang menyerang die dari belakang.

Maybe kanggaru nie geram tengok rambut Ryan the Lion yang kerinting tu, mcm bulu kambing agaknya.

Ukail dengan selamba aje..tak ada perasaan takut pun, suka adalah dengan binatang-binatang nie.

Daddy Jack nak memujuk Akil and Danish untuk cuba memberi makan kat kanggaru nie. Tapi masih takut-takut jugak.

Bukan aje kanggaru yang suka dengan rambut Ryan, even camel pun suka jugak. Ni lagilah die takut, siap menjerit-jerit lagi sebab binatang nie lagi besar dari kanggaru.


Muka memang cuak giler


I tak suka bagi makan kat camel ni, sebabnya lidah die panjang sikit, and so gelilah....It was a good experience for the kids sempena musim cuti sekolah nie. At least tak adalah menghabiskan masa kat shopping complex aje. Ada jugaklah aktiviti bermanfaat untuk dikongsi bersama-sama.

3 comments:

  1. bestnya bagi makan unta dan kanggaroo :)

    ReplyDelete
  2. Salam Gina,

    wah seronoknya the kids kan. Kat Malaysia ni ada gak. Cuma rasanya di tempat2 berbeza. Ada rabbit farm, ada ostrich farm..Mungkin yg sebagus kat luar lah kot..

    K yan pun dah lama tak ke zoo. last, it was 5/4 years ago..hee

    ReplyDelete
  3. hihihi...senyum sorang nor tengok muka ryan ok. mmg nampak sangat cuak..tapi mesti dier yang paling seronok gi tmpt camni. cuma nak pergi dekat je dier yang paling takut..

    ReplyDelete