Nuffnang Ad

Thursday, 31 May 2012

Aduh !! kena kuatkan Iman

Tenant lama ni dulu orang India Malaysia so depa rajin pi church. Ada sekali hari tu, pintu rumah diketuk and masa tu I tengah masak so berkejarlah mencapai tudung then bila buka pintu tengok ada 2 lelaki depan rumah, berkot siap semua. They all pun macam terkejut tengok I. Bila memperkenalkan diri, rupanya mereka nie wakil dari gereja yang selalu tenant lama nie pergi. Wakil ni datang sebabkan tak pernah nampak tenant lama nie datang ke acara yang diadakan gereja. Bila I cakap depa dah pindah, terus lah mereka buka cerita pasal Jesus Christ nie semua. Punyalah panjang lebar nak dengar, at the end, they all bagi The Bible dan juga beberapa risalah tentang Jesus nie. Sepanjang duduk Adelaide nie, rasanya dah dekat 3 buah Bible yang I dapat. So I tak buang but bagi kat Church balik sebagai tanda hormat pada kitab mereka. Apa yang I tengok, orang gereja kat sini begitu gigih untuk menyebarkan ajaran agama mereka, sanggup pergi door to door untuk mengajak orang ke upacara keagamaan mereka. So, dalam saat ini, kita memang kena kuatkan iman sebab mereka menyampaikan ajaran agama mereka secara halus, datang pun dengan senyuman serta baik budi pekertinya.

Keluarga besar dari Malaysia

Sejak duduk rumah baru nie, belum pernah pun ajak my Adelaide's gang datang makan-makan dirumah, yang pernah datang pun a fews only. Nak kena buat majlis doa selamat tanda kesyukuran dah dapat rumah yang selesa nie. Memang ada plan pun nak buat, Insyallah dalam masa terdekat nie. Kebetulan pua, ada keluarga Surah datang melawatnya disini. We all pun undanglah keluarga besarnya datang makan malam di rumah kami.

Kebetulan pula, keluarga Surah nie baru balik pusing Adelaide Hills dengan Kak Azie sekeluarga. So dah turun tu sure laparkan, takkanlah Surah balik penat-penat nak masak so we all pun berbesar hati membantu untuk meyediakan dinner untuk mereka.

Kebetulan pula, hari tu adalah harijadi anak Surah, so celebrate la sekali dengan saudara-maranya yang datang tu kan.

Terkejut juga Ika bila tengok ada kek semua. Hehehe, surprise la sikit, kan

Sorrylah Ika yer, sempat beli cheesecake aje sebab tahu ramai yang sukakan cheesecake. Hopefully Ika seronoklah dengan her birthday celebration yang tak seberapa nie.

Wednesday, 30 May 2012

My comfort food

I tak pernah merasa nak siang ketam, tapi masa inlaws datang dulu, mereka nak sangat merasa ketam Aussie so belilah dalam 3 ekor then buat masak lemak cili api hasil tanaman sendiri dengan nenas. Ingatkan cili tu pedas berapi so letaklah 2 biji tapi taklah pedas mana pun.

Kalau seminggu tu, sure akan ada menu mee atau bihun sebab tak mahulah makan nasi aje seminggu, muaklah tambah pulak kalau makan luar pun dok makan nasi beriyani juga. Do, kadang-kadang makan mee bandung, sup atau mee kari aje.

Mee kari...ala, baru semalam masak kari ikan takkan hari nie nak makan mee kari lagi? Nak cuba buat mee hailam pulak la. Bila sejuk-sejuk nie perut mudahlah terasa laparnya. Fridge and pantry tu kena selalu ada stok makanan la jawabnya.


Usaha tangga kejayaan

Malam sebelum we all ke Loxton tu, I gigih untuk membuat karipap untuk pertama kalinya. Sebelum nie tak pernah nak membuatnya, kalau di Malaysia tu main order kalau ada potluck di office ataupun apa sahaja jamuan, so kali nie berazam nak membuatnya. Alhamdulillah, mejadi juga karipapku walaupun intinya tak ada mince meat sebab tak perasan tak ada dalam fridge, so letak kiub pati ayam ajelah. I still tak pandai mengelim karipap tu so pakai acuan tekap ajelah. Hmm, plannya nak bawa bekal, udahnya malam tu kena goreng beberapa ketul sebab the boys masing-masing dah tak tahan nak merasa karipap hasil tangan Mummynya.

Tuesday, 29 May 2012

Garage sale kawan-kawan

Bila ada my Adelaide's gang yang nak balik terus, sure mereka akan membuat garage sale, nak let go barang-barang rumah yang tak mahu dibawa pulang ke Malaysia. So, bila ada geng yang war-warkan nak membuat GS, so we all pun pergi la menjenguk, nak juga tengok kut-kut la ada yang berkenan.

Kali nie turn Sof and Lynn yang membuat Mega Garage Sales. Maisng-masing akan balik tahun nie juga, Insyallah. Banyak juga barang yang dijual secara online thru FB ataupun di rumah mereka.

Memang mega sungguh jualan ini kerana melibatkan 2 buah keluarga. Antara yang dijual barangan kelengkapan baby yang masih elok dan baik conditionnya, peralatan memasak serta barangan elektrik.

Sebelum they all buat GS dirumah, they all dah buka page siap-siap kat FB..so mana-mana kawan-kawan atau budak undergrads yang tengok dah booking awal-awal. Rupanya banyak sungguh barang mereka selama nie, dah masih elok lagi. Jadi syok pulak sessi membooking tu sampaikan tak jadi kerja dibuatnya.

Dia pun nak jugak

Si kerinting nie pun sama sibuknya nak beli but bola. Puas cari di carboot atau garage sale jarang jumpa untuk saiz Ryan. Bila pergi Danish punya training, sibuk tanya pasal but die. Tu yang tahan dengar, belikan yang baru terus untuknya.

Kat sini but memang ada untuk budak-budak and design pun cantik-cantik juga. Mujurlah dekat City nie jumpa yang sesuai dengan saiz Ryan. Kalau tak, mengamuk la pulak dalam kedai tu.

Pegang erat kotak kasut dari City sampailah dalam kereta. Memang bersemangat sungguh la si kecik nie dengan kasut bolanya.

Mata tu bengkak sebab dok menangis nak pakai jugak but tu malam tu, aikk !!! takkan nak tidur pun pakai but?

Bila dipujuk-pujuk dah malam, tak ada siapa kat padang bola, barulah okay sikit. Iskhhh, taksub sungguhlah dengan bola sepak nie.

Monday, 28 May 2012

Journey back..Masyallah

So, after our late lunch, we all pun bergerak balik ke Adelaide semula. Plan asalnya nak balik ikut jalan kami datang tadi tapi dah terlepas simpangnya so ikut jalan atas pulak menuju ke Gawler.

Sepanjang perjalanan nampak banyak sangat grapevine tapi dah layu semuanya. Sekarang nie kan autumn and tak lama lagi winter, so banyak pokok-pokok dah togel daunnya. Adelaide nie terkenal dengan wine regionnya so tu yang di sepanjang jalan, banyak ladang-ladang anggur ajer.

Melintasi sungai Murray. Lain kalilah ambil peluang untuk menyusur sungai nie, sekarang ni dah cepat sangat gelapnya tu yang kena bergegas balik sebelum malam.

Alhamdulillah, cuaca agak panas sikit, taklah mendung

Lapang sungguh la tanah di sepanjang highway nie.

Kalau anda nak drive ke Melbourne, lebih kurang macam nie la pemandangannya. Kawasan lapang yang terdiri dari ladang-ladang dan juga kawasan pertanian. Jarang nak jumpa kawasan perumahan ataupun any building unless kita terjumpa pekan.



Nearly nak sampai Gawler area, hari pun dah agak gelap dengan awan hitam yang tebal. Alamak...sempat tak sampai Adelaide nie..tak mahu la memandu dalam hujan lebat,

At first I thought Daddy Jack nak bawa we all ke Baroosa Valley. Tempat nie popular dengan wine making but Daddy Jack kata maybe next timelah datang sini, lagipun ni dekat dah dengan rumah, tak payah nak kena sewa kereta semua.

Alhamdulillah, dalam pukul 530pm mcm tu, we all dah masuk beberapa familiar places in Adelaide. Thought of singgah di rumah my Adelaide's gang for a while, nak stretch pinggang dan kaki kejap tapi bila pikir takut mereka dok bersenang lenang kang kami datang nak kena prepare mcm-mcm kan so we cancelled ajelah. Singgah kejap tempat makan, bungkus bawa balik ajelah sebab semuanya dah kepenatan after a long journey. So, lepas nie apa plan pulak yer?

The Tree of Knowledge

Selain dari Historical Village, ada satu tempat lagi yang menarik untuk dikunjungi, The Tree of Knowledge yang terletak di Lions Parks.Nombor-nombor yang ada dibatang pokok itu adalah tanda aras bila banjir belaku. Cuba tengok pada tahun 1956, tinggikan airnya..seram jugak.

Dengan mengkaji ketinggian aras air yang diletakkan di batang pokok gumtree ni bila banjir melanda di Murray River kita dapat mengetahui perubahan yang dibuat di River Murray ni.

Masing-masing nak bergambar mengikut ketinggian

Kiranya macam setiap tahun akan ada banjir yang berlaku.

Kawasan park di mmg betul-betul terletak di tepi sungai. Even ada caravan park untuk orang-orang yang nak bercamping. Kalau hujan lebat sure air naik lagi.

Sunday, 27 May 2012

Tetap training walaupun sejuk

Danish training session tetap berjalan walaupun sejuk ni. Yer la, ikut kontrak, sessi latihan will be untul September so sejuk ke, hujan ker tetap training. Yer la kan, dah nak main bola, takkan lah bila hujan aje tak payah training so bilanya nak pandai main.

Pitchnya adakala jauh sikit dari tempat yang biasa we all parking kereta so kena jalan jauh jugaklah. Ada 4 pitches yang sering digunakan untuk sessi latihan. Coach Danish namanya Michel and he's Italian. Di sekitar Campbelltown nie memang ramai Italian.

Dulu masa mula-mula training semuanya the kids macam malu-malu kucing sekarang ni semuanya dah tunjukkan belang masing-masing. Ingatkan anak melayu aje yang susah nak handle rupanya anak Aussie lagi dashyat la..terjerit-jerit mak diorang panggil dibuatnya.

Training hanya satu jam sahaja, so after training bolehlah lepak kejap main-main kat padang tu. I layan jugaklah Ryan nak main, he's got skill tu. Nak masukkan juga kat sini tapi start from 5 years old so kena cari tempat training khas untuk toddlers pulak la nanti untuk Ryan.

Friday, 25 May 2012

Loxton Historical Village

Phewww, after nearly 3 hours of journey, sampai juga we all ke tempat yang dituju. Sepanjang perjalanan menunju ke Loxton nie, bayangkan tiada satu kereta pun yang ada, sampaikan I tanya Daddy Jack, manalah you nak bawa kami anak-beranak nie. Loxton nie taklah besar mana, just a small town even the community tak besar, but the peoples sangat baik.

Daddy Jack nak bawa anak-anak die mengenal sejaran sikit. So, Loxton Historical Village menjadi tempat tujuna kami. Cuaca agak muram sikit tapi we all redah aje. Taklah lebat sangat. Tempat nie pun tak ramai pengunjungnya so seronoklah the boys berlari sana-sini. Bayaran masuk dikenakan, so sesiapa yang nak datang sini, kena bawa cash sebab tak ada EFTPos didalamnya. We all mmg tak cukup cash masa nie so kena keluar pi bank kejap.

Loxton Historical Village nie pernah memenangi beberapa award di South Australia, terletak ditepi sungai Riverland, dan bersebelahan dengan pekan Loxton. Perkampungan ini adalah satu tinggalan memori, pengalaman dan barang pameran di zaman dulu. Di dalamnya ada 45 buah bangunan, setiap satunya menceritakan kisah perjuangan yang unik dan kesusahan untuk membangunan kawasan pedalaman ini.

Bangunan-bangunan dalam kawasan ini termasuk seorang kedai roti, bank, tukang besi, garaj, pencetak, menternak kompleks, kereta api, institut, sekolah, buah operasi blok dan macam-macam lagi. Setiap bangunan sepenuhnya dilengkapi dengan pameran menawan, peralatan dan memorabilia.

Setiap bangunan nie ada voice over, so bila kita melangkah aje masuk, akan ada suara dari radio yang akan menerangkan sejarah dan juga info menarik tentang sesuatu kedai tu.

Nampak lebih kurang macam bandar Cowboy aje, kan

Ada juga tempat pertukangan besi dan juga tempat membuat but untuk pekerja-pekerja ladang serta tempat kimpalan hasil besi disini.

Shed yang menempatkan peralatan perladangan macam traktor serta mesin yang digunakan di ladang.

Rumah pertama yang didirikan oleh pembuka bandar Loxton ini, William Charles Loxton.

Selain itu juga, ada juga dipamerkan barn atau kandang untuk menempatkan binatang ternakan serta tempat simpanan barang yang memerlukan suasana sejuk mcm susu dan juga daging. Yer la, zaman dulu mana ada fridge, so simpan kat bawah tanah la, kan. Masa kami datang tu, they all tak buat show cukur bulu kambing so tak dapatlah tengok.

Fire station nie mengandungi bahan pameran yang best, mcm kelengkapan untuk memadam api di zaman dahulu, kereta bomba serta pakaian ahli bomba. Fire siren akan berbunyi setiap hari pukul 12pm.

Ni garage untuk menyimpan kereta-kereta lama oleh Riverland Vintage and Classic Car Club dan digunakan untuk membaiki serta displayed kereta-kereta mereka yang unik, peralatan serta beberapa item yang berkaitan dengan industri permotoran.

We even having fun with the cut out photo booth


SA pernah dilanda banjir yang dasyhat sekitar tahun 1956. Disini ditunjukkan segala kemusnahan dan juga bagaimana banjir besar itu berlaku. Ada ditunjukkan gambar serta beberapa fakta kejadian.

Clarion Office merupakan tempat percetakan pertama di Loxton. Di dalam bangunan ini ditunjukkan mesin printing yang digunakan pada zaman itu, suratkhabar lama serta apa sahaja bahan bercetak di sini.

Di perkampungan ini juga ada ditunjukkan their first Telecom company, Electrical dan juga station radio. Then small cell untuk tahanan pun ada jugak.

Dulu perkhidmatan keretapi digunakan dengan banyaknya disini samada pengangkut penumpang ataupun barang-barang.

Gambar atas tu adalah Cotttage yang merupakan antara rumah moden yang dibuat disekitar Loxton diantara tahun 1900-1920. Sekolah pun ada juga disini, yang digunakan oleh 2 darerah di Loxton.

Rasanya kami tak habiskan 45 buah perkampungan sebabnya hari pun dah semakin mendung so takut pulak hujan lebat. Lagipun nak balik pun jauh jugak so nak sampai balik ke Adelaide kalau boleh sebelum gelap. Insyallah, ada kelapangan lain kali bolehlah berkunjung ke sini lagi.