Nuffnang Ad

Tuesday, 30 April 2013

Mission accomplished !

We all balik ke Malaysia kali ini ada 2 mission. Satu mission telah selesai semelam. Sabtu pagi tu we all ada appoinment dengan Dr di Ampang Puteri berkenaan dengan situasi Ryan yang selama ni mengadu sakit pada birdy die. Since di Adelaide lagi, sakitnya on and off aje. Sebelum jumpa Dr at 9am, sempatlah breakfast di NZ dulu.

Hari sampai order Maggi Goreng, kali kedua pergi pun Maggi Goreng jugak, candu apalah yang mamak ni letak dlm maggi tu gamaknya.

Appointment with Dr Wan Usama, pediatric surgeon at 9 am tapi biasalah Dr akan round pusing tengok his patient dulu so dalam pukul 10 baru dapat jumpa Dr. Sebelum ni masa kes Danish pun Dr Wan yang uruskan tapi tak pernah berjumpa dengannya sebab semuanya we all buat thru email aje, even appointment and surgery punya surat menyurat semua guna internet cos masa Danish tu kena masa bulan Ramadhan, lagi beberapa hari nak raya so Dr Wan dah bercuti. After a few discussion, Ryan perlu menjalani surgery, tapi bukan dengan Dr Wan, dengan Dr Mohamad cos Dr Wan ada another surgery at Tawakal. 

So, semalam at 730am, we all bersiap-siap untuk ke Ampang Puteri cos the admission at 8am tapi disebabkan jam so we all sampai agak lambat around 830am, terus bergegas ke Admission untuk sessi pendaftaran.

 Hai, dulu bersalin kat sini, la ni bawa anak-anak bersunat pulak kat sini.

Semasa menunggu pendaftaran, sempatlah bergambar bersama sambil bagi Ryan leka main telefon. Dia kan berpuasa so taknak la die mengadu lapar atau nak susu.

 Admission selesai, bayar some fees then staff APSH bawa ke day ward surgery.

Dalam dayward tak ramai pesakit yang lain, cuma we all aje. Our turn yang kedua, cos ada patient lain tgh buat surgery. Lama tak lama jugaklah we all menunggu kat katil tu, nearly an hour jugak sampaikan tengok ramai yang keluar from OT, even newborn.

Dah makin lama, dah bosan. Mulalah melompat atas katil, ke toilet beberapa kali dan sempatlah main berlari-lari kejap.
 

Bila tiba masanya, me and Ryan bersiap sedia untuk masuk ke OT. Masa tu dah agak diam kejap, rasa lembik aje Ryan berjalan menuju ke bilik itu.
 
Masuk dalam OT room, semuanya dah tersedia, naik atas katil, nurse pun pasangkan semua wayar and dah bersedia untuk memulakan prosedure.

Masa ni Dr Mohamad belum sampai cuma ada Dr untuk bius, I pun tak ingat namanya tapi die yang ajar Ryan mengucap, then memberikan gas, masa ni Ryan agak tak selesa so meronta--ronta like 5 minutes then terus tidur. Sebak juga bila Dr cakap, "Puan boleh cium Ryan, then tunggu diluar yer, Insyallah semuanya okay"

 Since we all pun tak makan pagi, terpaksa bergilir-gilir untuk makan tapi tak lalau nak makan walaupun depan mata nampak sedap aje. Makan sekadar alas perut then terus tunggu balik.

Dalam 30 minutes menunggu akhirnya Ryan keluar from OT terus ke Recovery Room dimana kena rehat sebentar sebelum dikejutkan. Ingatkan okay lepas bangun tu mcm Danish dulu tapi lepas aje Ryan sedar, terus die meronta-ronta menangis dan terus menangis sampai ke Dayward. I terpaksa naik atas katil tu untuk pujuk tidur disebelahnya. Dia menangis menahan kesakitan.

Dekat sejam jugaklah menangis dan meronta-ronta kesakitan, puas suruh pujuk untuk tidur tapi tak nak, sakit dan sakit katanya. Akhirnya after letih menangis tu, tertidur kejap. Lepas bangun tu dah okay sikit baru bagi susu.

Tak lama lepas tu, we all bersiap-siap untuk balik ke rumah inlaw di Keramat since Ibu tak ada di Melawati. Rayyan tak berani nak berjalan so kena tolak gunakan wheelchair.

Im a big boy now. Ayat pertama after keluar hospital "Bila Ryan boleh main bola, Mummy?"...hmmm tunggu la lagi 2-3 hari so hopefully semuanya okay. And hari ini, Ryan dah okay sikit cuma malam tadi tidurnya agak terganggu sikit sebab mungkin tak selesa tidur berkain pelekat.
 

Monday, 29 April 2013

Balik kampung kejap

Yes, its is...I and my family dah berada di KL since Jumaat lepas. It was last minutes punya plan, mmg tak merancang untuk balik pun tapi tiba-tiba last Tuesday, Daddy Jack cakap..okay kita balik Msia, book tiket the terus balik. So tak prepare apa-apa pun malahan sempat pergi picking strawberry and apples lagi on Thursday tu. Tak plan nak balik sebabnya this week sekolah dah buka and then Danish pun ada camping di sekolah tapi bila cakap nak balik Malaysia he said, I prefer to balik Malaysia compare pergi camping..

We all balik naik MAS la, apa lagi. Ambil direct flight terus, senang lagipun ada anak-anak kecil ni agak susahlah nak transit mana-mana ni. We all ambil morning flight so sampai KLIA pun masih terang lagi around 3pm.

As always, sebelum take off, Ryan dah tido dah. Bangun pagi seawal pukul 430am untuk bersiap ke airport, so terasalah mengantuk. I thought flight pagi tak penuh, dah berangan dah nak tido dengan selesa sekali flight penuh so tak dapatlah nak berselesa sangat.

Selalu balik Malaysia, mmg suka sangat dengan the inflight dish, mmg sedap sangat-sangat tapi kali ni mcm tak berapa nak lalu tekak menelannya. Tak tahulah if perut masih kenyang dah bedal 2 buttered croissant di Hudson Coffee sebelum berlepas tu. Kat dalam flight pun bantai makan 2 croissant lagi. Tapi makanan yang I paling suka is the Chicken Puff yang dicelup dalam Roasted Tomato Relish tu, sangat-sangat sedap. I even pernah hantar email tu the company yang buat the tomato relish tu, nak dapatkannya sebab sangat sedap bila dipped dalam pie ataupun karipap tapi sayangnya ianya tak dijual secara komersil, hanya dibuat untuk MAS sahaja...huhuhuhuhu.

Pilot tu mcm tahu aje yang we all tak sabar-sabar nak sampai KLIA so flight pun tiba awal 10 minit dari yang dijangkakan. Orang pun agak ramai, especially yang baru balik dari menunaikan umrah.

Kebetulan pulak, masa keluar from pintu tu, terus nampak kedai ni, tapi jangan risau, pusing pusing and belek aje, belinya idak ler.

Balik kali ni tak bawa beg besar-besar, just bawa balik beg kecil 2 buah and also satu beg knapsack aje. Travel light aje kali ini tapi tak pastilah kan bila balik Adelaide nanti, tambah pulak nak puasa tak lama lagi so stok makanan kering like udang and ikan kering, ikan bilis kenalah ada kut.

After 7 jam 20 minutes duduk dalam flight and satu jam di dalam traffic jam from KLIA to Melawati, nampak pemandangan ini terasa sangatlah indah. Tak terasa bosan duduk dalam jam tu. Nampak KLCC pun dah rasa lapang aje kepala ni, jauh dari stress...hahahaha.

Selalu if balik dengan Ayah akan singgah mana-mana dulu untuk makan tapi balik kali ini hanya Didi aje yang ambil cos Ayah and Ibu dah balik Kuantan so tak sempat nak ambil we all di KLIA. Malas nak singgah sekitar KLIA so terus balik and then terus menuju ke NZ Curry House la, pekena Mamak dulu. Itu yang lagi best compare to makanan lain. Sampai aje terus lah order mcm-mcm sampai mamak ambil order pun heran, kuat sungguh family ni makan.

Thursday, 25 April 2013

Day trip to Greenhill Adventure Park, Victor Harbour Part 2

Sementara Daddy Jack melayan Danish kat Archery site, I pun bawa Ryan ke mini golf site. Ryan suka aje main golf ni, main tolak aje bola aje, no rules pada Ryan. I pun melayan ajelah. 

Bila cuaca dah tak hujan, barulah Waveslides ni dibuka kepada umum. Sebelum tu ditutup sebab slide basah, so takut jadi apa-apa kejadian yang tak diingini so ditutup dulu. After pekerja membersihkan air barulah emua boleh gunakan dengan sukaria.

No limitation, mainlah sepuas-puas yang mahu. Budak kecil yang berani pun boleh aje. Mcaam Ryan mulanya agak takut tapi lama-lama die pun naik sendiri aje, tak perlu berteman. Mak ayah pun boleh aje join sekali, tak jadi hal.

Dah habis explore yang free, so nak main yang berbayar pulak. Tiket pun bukannya mahal sangat. Ikut rules 20 minutes for AUD2.50 tapi rasanya jenuhlah menunggu Ryan and Danish main kereta electric ni.

Daddy Jack dah berangan nak main go kart lama dah so sini dapatlah merasa kejap. Bayaran yang dikenakan hanyalah AUD10 sahaja, tak ingat berapa lama boleh main tapi nampak semuanya seronok aje.

Ada juga disediakan aktiviti bersukan yang lain like basketball dan juga volleyball. Bola juga disediakan. Kat belakang tu ada juga disediakan padang golf, so kepada yang minat main golf boleh aje sewa kayu golf and test skills masing-masing.

We all lepak sini sampai petang, dari tempat ni dibuka sampailah nak dekat tutup masih berada didalam ni. Tak terasa masa beredar dengan cepat after mencuba bermacam-macam aktiviti yang disediakan didalam ini. Dah petang mulalah mencari minuman panas dan some light meal cos cuaca pun dah sejuk balik. Banyak juga cafe yang disediakan di dalam ini tapi since kita lama dalam ni so bawak mcm-mcm jenis makanan. Kalau berkesempatan datang lagi, bolehlah nak berBBQ di dalam ini cos ada aje disediakan BBQ pit. For the teatime, we makan chocolate cake with ice cream and also Devonshire tea. Scones agak mengecewakan compare to yang I pernah makan di Adelaide Hills dulu tapi tak tahulah bilalah nak dapat makan lagi.

Bila dah nak balik tu, sempatlah juga main Giant Maze yang disediakan berhampiran dengan pintu keluar tu. Jenuh juga mencari jalan keluar, sampaikan berpusing-pusing semuanya.

Sementara membuang masa tu, sempatlah the kids main playground dulu sementara menunggu nak balik.

Wednesday, 24 April 2013

A day trip to Greenhil Adventure Park, Victor Harbour

We all plan nak kesini dah lama after perasan ada offer di belakang docket grocery yang selalu dibeli. Offer buy one and free one mmg sangat menarik, rasanya kalau tak kerana offer tu mungkin kami tak ke sini sebab harga masuk mmg agak mahal. Perjalanan bermula seawal pagi, lebih kurang 930am sebab nak ke Victor Harbour bukannya dekat, dalam sejam perjalanan from my house. Lagipun nak gerak awal sikit so tak perlu berebut-berebut since cuti panjang. Mulanya cuaca macam agak mendung dan nak hujan tapi lama-lama nampak cantik di sepanjang pemandangan disana.

Yeah, finally sampai juga we all ke Greenhill Adventure Park di Victor Harbour ni, tapi sayangnya hanya 3 keluarga aje yang dapat mengikuti our first day trip ini, keluarga yang lain ada tak dapat turut serta cos ada komitmen yang lain. Tempat yang memang best untuk seisi keluarga especially yang ada anak-anak yang sukakan adventure ni. Tempat pun bersih, terjaga dengan elok serta banyak shades untuk berpicnic. Kebetulan masa we all datang ni, ada a fews keluarga yang membuat family day disini so agak penuh but still terkawal jugak.

Ohhh dah lama tak naik boat mcm ni, last naik dulu masa kecik-kecik Ibu bawa ke Lake Garden. Ni first time bawa the boys naik boat ni, so macam agak panik jugak, takut terjun dlm laut pulak.

All the rides dalam ni adalah free kecuali electrical cars and also go kart. so mmg main sampai puas. Mengah jugak nak mengayuh basikal ni, tersemput-semput dibuatnya.

Seronoklah tengok muka Kak Zack dan juga Faisal yang masing-masing tengah belajar ni, sesekali dapat release stress dan memikirkan hal uni. Dapat lepak mcm ni membuatkan hilanglah sikit rasa stress itu.

Masa kami sampai disini, adalah hujan kejap, mujurlah we all dah letakkan all the makanan ditempat yang berbumbung so tak perlu risau sangat. Dah namanya orang Melayu kan, if nak kemana-mana berjalan jauh samada berkelah atau berjalan-jalan makanan sure banyak sampai penuh meja. Ada nasi lemak, nasi putih, kari ayam, ayam bbq, jagung rebus, sandwich dan beberapa makanan lain. Air jangan cakaplah ada yang panas dan ada yang sejuk. Bayangkan ini hanya 3 keluarga, kalau ada keluarga yang yng lain, nampaknya kenyang makan ajelah kami.

Ini yang dinanti-nantikan oleh budak-budak ni semua. Masa makan pun tak senang asyik tanya bila nak main water slide, padahal sejuk and hujan. Tapi dah namanya kids kan, mana nak larang so pergilah main dalam sejuk-sejuk tu.

Mat salleh pun tak tahan nak main waterslide tu dalam hujan-hujan, tapi anak melayu mmg berani walaupun dah mengigil semuanya.

Then the boys nak mencuba Flying Fox pulak. Masa ni dah ramai sikit sebab hujan pun dah berhenti then dah agak panas sikit.

Masing-masing tak sabar nak tunggu session untuk Archery ni yang dibuka at 1pm. Tapi kena tunggu agak lama sikit cos dah ramai orang yang beratur menunggu. Hanya Daddy and Danish aje yang tunggu, I bawa Ryan naik train ke tempat lain pulak.