Nuffnang Ad

Wednesday 27 August 2014

Ke IKEA kita

Nak ke IKEA di KL ni kenalah bersiap seawal yang mungkin, kalau tak especially weekend mmg la azab nak mencari parking dan juga nak beratur di kaunter. Dah siap dalam pukul 8 pagi, alih-alih si kerinting ni nak pulak main game dengan Daddy, so layan la kejap tapi Daddy nya pun agak-agak la mainnya, kasi la chance anaknya memang ni tak, main bersungguh-sungguh sampai merajuk la Ryan sebab asyik kalah aje.

Dalam pukul 830am dah sampai di IKEA, jalan pun masih lengang lagi. Dengan harapan tak ramai la yang nak bertunggu tangga di IKEA pepagi hari ni, hanya kami ja yang bersemangat waja, gigih datang pagi-pagi.

Parking pun lengang aje, so dapatlah parking depan pintu entrance, puas hati la kan.

 As usual, memasuki rumah hantu dengan penuh keyakinan dan semangat yang tinggi

Sampai awal so yang buka hanya cafe sahaja so kita breakfast dululah kejap sementara menunggu showroom buka. Tapi ingatkan tenang ajelah nak berbrekkie kat sini, entah mana datang tetiba penuh cafe ni ramai yang nak breakfast juga. Pheww, mujurlah we all datang awal, kalau tak maunya beratur panjang nak beli breakfast.

Bila dah tengok orang makin ramai, so tak jadilah nak masuk showroom sambil cuci mata, so kita terus ajelah beli apa yang nak dibeli. Project untuk Bilik Seni la yang kita cari.

Nampak cool juga if this hammock diletakkan di luar rumah tapi apakan daya, rumah di sini tak macam di Adelaide dulu, ada backyard so mungkin hasrat ini terpaksa dilupakan walaupun the boys beria-ia suruh beli.

Tersangkut pula dengan cermin kaca ni, ni project Daddy Jack, tak tahulah apa yang nak diletakkan di dalam ni.

Wuhuuuu, esok adalah harinya. Tak sabar nak tunggu apa product terbaru dan yang best for tahun 2015 nanti.

Ohh project nak menyimpan LEGO dalam almari kaca rupanya. Baguslah, at least taklah berhabuk nanti. Teruskan usaha mu, Daddy Jack !!

8 comments:

  1. Replies
    1. Kalau selalu pergi pun nanti jemu juga, tapi I tak pernah jemu la Cik Petak Bunga, sentiasa memanggil-manggil nak pergi IKEA tu

      Delete
  2. dah lama tak pergi ikea, nak pergi pun malas kalu lewat mesti ramai orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni nak pergi IKEA kena pergi pagi-pagi time waktu hari biasa, kalau pergi weekend memang beratur panjang

      Delete
  3. tak tahu kenapa french fries ditukar kepada mashed potato.saya suka fries lagi.nak jimat kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ke kita boleh minta tukar kata kita nak fries? I belasah aje Mai

      Delete
  4. Seronok berjalan di IKEA kan sis.. I get inspiration to decorate my house from IKEA.. Tengok katalog pun blh dpt ilham.. Best.. Best..

    Sis jgn lupa post entry project bilik seni nnti.. Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok, berjam-jam dalam ni pun tak apa. Insyallah, nanti I upload pasal bilik seni tu ya

      Delete