Petang-petang selalu jenuh nak pikir menu untuk dimasak bila dinner nanti. Kadang lauk simple aje tapi adakalanya nak jugaklah tukar citarasa, kan.
Menu yang tak lari kat rumah ni, Asam Pedas Ikan dan juga kari Ayam. Itu ajelah menu yang berulang alik dirumah ni. Asam pedas pilihan kerinting dan kari adalah pilihan Danish. Petua Ibu, kalau nak masak sesuatu lauk, segalanya kena meriah seolah-olah kita nak masak untuk hari raya.
Muka happy dapat makan asam pedas ikannya.
Kadang-kadang tu, bila datang mood rajin, tetengah malam boleh masak rendang untuk dimakan diwaktu pagi.
Masak pula ketupat segera Nona, teruslah rasa tak sabar nak makan esok, rasa nak makan malam tu jugak tapi mujurlah mata dah tak larat, badan pun dah letih berdiri lama memasak rendang.
Kalau malas, masak ajelah pancek dalam botol, tambah air, goncang-goncang terus masuk dalam kuali, 5 minit settle semua.
Kari adalah pilihan Danish, tak kisahlah kari apa pun
Dah nak dekat setahun balik Malaysia, barulah sibuk nak guna breadmaker ni, bukan buat roti pun, nak gunakan dough maker aje sebab tangan mana kuat nak menguli.
Nak uli dough donut aje, tak mampu nak buat roti. Guna ada roti yang sedia ada kat kedai tu. lagipun sekarang oven pun belum nampak bayangnya lagi.
Konsep makan di rumah Kak Jah adalah layan diri, tak ada siapa yang nak membantu sekiranya lapar. Ada roti, telur so jadilah roti telur.
Hi gina..Slm perkenalan dr mak lagenda. :)
ReplyDeleteSelama ni, i suka dtg sini senyap2. Skodeng gambo2 cantek yg u snap..unik! Tp tatau nape arini terasa nak memmunculkan diri.
Salam perkenalan juga Mak Lagenda
DeleteTerima kasih, tapi adakalanya gambar tak menjadi juga, Kena ikut mood