Nuffnang Ad

Monday, 15 September 2014

Kisah satu Sabtu

Hari Sabtu selalunya training bola untuk Ryan tapi Sabtu lepas agak special sedikit sebab ada banyak event yang perlu dipenuhi pada hari itu. Selalunya berpakaian santai aje tapi kali ni berbaju lip lap lip lap di tepi padang bola dengan kasut tinggi semua.

Lepas habis training around 1030am, bergegas pula ke Putrajaya untuk majlis aqiqah sepupu Daddy Jack. Sampai-sampai, majlis bacaan doa selamat so tak sempat nak duduk dalam rumah, hanya duduk di khemah ajelah sambil melihat-lihat makanan yang dihidangkan. Perut pun terasa lapar sebab makan breakfast pun hanya yang ringan-ringan sahaja.

Banyak betul makanan yang disediakan, nasi beriani hidangan utama di samping ada soto, kuih muih, kambing golek serta teh tarik untuk hidangan sampingan. Mujurlah berjubah longgar so tak perlulah rasa perlu nak longgarkan zip atau hook kain.

 Lepas habis kenduri di Putrajaya, bergegas pula ke Paradigm Mall di Kelana Jaya untuk satu meet and greet session yang the boys tunggu-tunggu selama ini. Tak pernah pun ke Paradigm Mall ni, ni baru first time menjejakkan kaki. Dulu kalau balik office selalu lalu aje di LDP tu.

Hah ni la hah yang ditunggu-tunggu selama ni, Mee and Greet session with one of the wrestler from WWE, The Misz. Dah puas tengok di Melbourne dan Adelaide, sekarang ni menular pulak ke Malaysia.

Bergaya betul di kecik ni dengan segala barang wrestlingnya. Sampaikan ramai yang tersenyum melihatnya tapi dia peduli apa, kan.

 Dapatlah signature mamat berkenaan

Ingatkan dah habislah kes sesi bertemu peminat ni tapi rupanya ramai pulak yang nak bergambar dengan the boys ni. Sekejap-sekejap "dik...dik, boleh tak abang nak ambik gambar?'

Tak kira, Melayu atau Cina..semua sibuk nak bergambar dengan mereka berdua. Malu pulak mak dan ayah dibuatnya.

Ingatkan lelaki aje yang berkenan, perempaun pun tak ketinggalan juga. Aduhhh, retsi habis la korang ni.


 
Tiket nak tengok WWE Live in KL dah lama dibeli dah, since Jun lepas so kita berjumpa October nanti ya.

Pihak penganjur memberikan Tshirt kepada si kerinting ni sebab terlalu comel, kata mereka

Ean, DJ from Hitz FM pun ada, seronok dia jumpa the boys yang turut minat wresling ni

Lepas event tu, barulah perut terasa lapar so pilihan utama menuju ke Chilli's. But we all dah kenyang makan nasi kenduri tadi so makan light snack ajelah, Quesadillas and kids makan cheese pizza aje.

Tak berkesempatan nak celebrate birthday Daddy Jack pada 31/8 yang lepas so kita celebrate disini ajelah sambil makan Chocolate Molten cake yang super duper sedap tu.
 
  
Muka masing-masing memang tak boleh diklasifikasikan kesedapan cake itu.
 
Dah siap makan, kenalah buat light exercise berjalan-jalan dalam mall. Ryan tetap berbaju besar saiz L untuk Adult tu tanpa mempedulikan ada yang tersenyum sambil tunjuk-tunjuk ke dia. Tapi paling tak tahan tu siap ada yang berhenti and cakap "Dik, jom kita selfie, nak tak". Aduhhh !!! Glamour kejap la dalam masa 2 jam tu. 

2 comments:

  1. comel je pakai shirt besar..
    mcm pop star plk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tak kisah berapa ramai yang mmerhatikannya, lantak ler

      Delete