Bebaru ni masa sambutan Hari Raya di sekolah Danish, salah seorang tetamu jemputan VIP adalah Dato' Siti Nurhaliza. First time bertentang mata dengannya, sangatlah cantiknya. Dengan gaya jalan serta senyuman manisnya, memang membuatkan ramai yang terpaku melihatnya.
Siti juga membuat persembahan, menyanyikan beberapa lagu sempena kemerdekaan dan juga hari raya. Punyalah excited sampaikan Danish ni naiklah atas pentas semasa Siti mendendangkan lagu. I tak perasan sampaikan ada kawan yang bagitahu Danish ada atas pentas tapi I cakap, manalah anak bujang I tu nak naik, pemalu orangnya. Rupanya betul dia naik, siap salam and peluk Siti lagi sampaikan baunya melekat kat baju melayu yang Danish pakai hari tu. Balik rumah, siap pesan tak mahu basuh baju tu, nak simpan jadikan kenangan. Star struck sungguh la anak bujang I sorang tu.
Wahhh Danish minat betul dgn Dato CT ye :-)
ReplyDelete