Ahad lepas berkesempatan memeriahkan majlis persandingan Daia bersama suaminya di Putrajaya. Masuk aje Dewan Sri Endon, tersergam indah pelamin yang berkonsepkan fairy tales, dan juga deco dewan yang mcm la-ala watak Cinderalla rasanya.
Daia ni dulu study di Unisa di Magill Campus waktu we all di Adelaide dulu. Satu-satunya adik undergrads yang rapat sangat dengan we all cos rumah hanya selang 3 rumah aje. Dia juga rapat dengan beberapa keluarga postgrads yang lain juga sampaikan rasa dia dah sebahagian dari keluarga postgrads pulak.
Nasi minyak pengantin adalah hidangan yang sangat ditunggu-tunggu
Selamat Pengantin Baru Daia dan Bobby. Semoga dimurahkan rezeki, rumahtangga dirahmati dan berbahagia selalu hendaknya.
Terjumpa pula dengan Abang Azul dan juga anak-anaknya disini. Dah agak dah sure Abang Azul akan datang, lupa nak call untuk pergi sama-sama. Sayangnya Kak Azie tak ada sebab masih dalam pantang. Abang Azul pun beberapa hari lepas majlis ni nak pergi Adelaide untuk menghadiri majlis konvokesyennya disana.
Photobooth yang berkonsepkan klasik sangat best, tapi we all tak sempat nak bergambar cos orang sangat ramai.
Kebetulan pula di depan jalan di Dewan Seri Endon ni ada bergantungan bendera-bendera Malaysia dan juga Australia sempena menyambut ketibaan PM Australia Tony Abott. Macam tahu-tahu aje pengantin perempuan pernah belajar di Australia dulu.
Buah tangan yang unik dari pengantin selain telur pindang dan juga gula-gula untuk kanak-kanak dimana tetamu diberikan nasi dan juga lauk untuk dibawa pulang.
Budak-budak mana kenal erti penat, dah petang diajaknya bermain badminton pulak, tapi tak apa at least I boleh juga beriadah dan juga exercise untuk membuang lemak-lemak tepu ni juga.
Salam sis. Boleh tlg tnyekan kwn x pelamin tu dr butik mana. Cntik sgt😍
ReplyDelete