Nuffnang Ad

Monday, 8 September 2014

Perihal anak-anak

Melayan karenah anak-anak ada kalanya letih adakalanya memeningkan tapi dah namanya bebudak kan, kita sebagai mak kenalah melayan karenah mereka. Kalau datang mood baik tu boleh aje main berdua sama-sama tapi kalau datang mood masing-masing tak elok bercekau, beramuk la amsing-masing.

  Practice public speaking depan Daddy untuk subjek English

Kerinting ni lebih minat aktiviti seni berbanding dengan abangnya. Mungkin mewarisi bakat yang ada pada kami berdua yang ke arah Art & Design. Tapi janganlah sampai handbag Mummy dijadikan tempat letak pen dan kapur lukisan anak oiiii.

  Aktiviti lapang lepas balik sekolah, melukis beramai-ramai di luar rumah Ibu

 Seronok la dapat mengaler sana sini, comot-comot pun tetap cantik jugak kan

Hasil kerja anak-anak kecil based on apa yang mereka faham tentang situasi yang berlaku di dunia hari ini.

Kalau Danish tak nak main atau buat homework, boleh aje Ryan main sesorang kat toy room. Tahu aje main macam-macam permainan yang diangkut bawak balik dari Adelaide tu.

Kalau Daddy kena kerja during weekend, kenalah bawak bebudak ni makan roti canai kat area rumah aje, senang sikit nak handle. Kalau jejauh tu maunya macam-macam nak dibelinya.

Buah hati pengarang jantung saya ni, ada masa ketawa, menangis, bergaduh, berebut dan macam-macam lagi peel mereka berdua ni.
 

3 comments:

  1. Salam GIna..

    dah lama tak bertandang.. besar dah yr boys.. kejap sangat masa berlalu.. tup2 dah besar panjang.. memang macam2 karenah.. akak pulak dah ada anak2 remaja.. dah lain pulak style nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak Azian
      I pun lama jugak tak bertandang blog akak, rajin menulis aje. Nanti if senang I jumpa you yer kak

      Delete
  2. Hi Gina, my name is Helen and I'm the Local Homes Editor of live from IKEA FAMILY magazine (ikeafamilylivemagazine.com/my). I'd love to speak to you about a possible feature! Please could you email me at localhomes@ikeafamilylive.com? Thanks! Helen

    ReplyDelete