Nuffnang Ad

Friday, 19 September 2014

Kak Jah berjalan lagi

Ryan rajin merajuk, tak kiralah dimana-mana pun boleh merajuk if ada yang tak kena. Ni kat rumah Ucik di Nilai pun tak tahu apa puncanya tahu-tahu dah merajuk atas kerusi.

 Sampaikan taknak sembahyang jemaah, nak solat sendiri

 
Berdoalah lama sikit Ryan, kurang-kurangkan lah merajuk tu ya anak oiii.
 
Semenjak dua menjak ni memang kerap la Ibu ikut Ayah yang ke luar negara kerana bertugas. Bulan lepas ke Belarus

 So check in dulu, settlekan mana yang patut dulu.

Perjalan kali ini banyak transitnya, memula ke Paris, then menuju ke Belarus, after that ke Budapest pulak then terus menuju ke Istanbul dan seterusnya kembali ke Malaysia. Ini perjalanan yang paling lama setakat ini, lebih kurang 3 minggu.


 
Sesekali yang menghantar memang ramai, masing-masing teruja nak menghantar Kak Jah dan Ayah ke obersee.


Perjalanan Ayah dan Ibu yang mengambil masa berjam-jam membuatkan kami semua tak senang duduk, tambah pula bila menghubungi pihak hotel di Belarus ada masalah dari segi bahasa so mujurlah dapat berhubung dengan wakil kerajaan Belarus melalui twitter.

Alhamdulillah, sampai dengan selamatnya. Troli pun satu aje...ohhh tipah tertipu la, rupanya ada satu troli lagi tapi ditolak oleh orang lain. Hmmm, ni pun dah seminggu Kak Jah dan Ayah pergi outstation lagi, esok baru balik lepas seminggu pergi. Nantikan kejutannya !

No comments:

Post a Comment