Cuti sekolah haruslah menjengah ke IKEA kejap, cuci-cuci mata melihat apa yang patut.
Pergi hari Isnin, sehari sebelum cuti Hari Malaysia tu tahu dah suasana kat dalam tu macamana, dengan orang yang berpusu-pusu kat eskelator menuju ke showroom.
Ini suasana di kaunter pembayaran, setiap kaunter barisan memang panjang berjela, so terus tak jadi nak membeli, pilih ajelah mana yang berkenan, lain kali datang semula.
Lunch di Little Penang Cafe, ramai juga orang espcially yang bekerja so mujurlah dapat tempat. service pun cepat juga. Tak sampai 10 minit dapat dah makanan.
So balik ukur and pilih barangan pilihan hati thru katalog ajelah, lepas tu nanti datang just terus pi tempat pick up barang untuk ambil barang tu aje. Malas dah nak pusing satu showroom sambil pilih-pilih barang sebabnya pening tengok orang yang ramai-ramai kat atas tu.
IKEA ni sentiasa penuh dengan orang. Dah selesai renovate kan.
ReplyDelete