Nuffnang Ad

Wednesday 29 October 2014

Anak-anak saya

Sedar tak sedar, dah dekat setahun we all sekeluarga balik ke Malaysia and anak-anak pun dah hampir dah nak menamatkan setahun pengajian mereka di Montessori dan juga sekolah rendah. Banyak benda yang berlaku di dalam tempoh pembelajaran mereka itu, ada yang menarik, pahit dan juga yang seronok berlaku. Ryan pun tahun depan akan memasuki alam persekolahan, aduh terasa cepat sungguhlah masa berlalu.

Pertengahan tahun lalu, Danish telah dilantik untuk menjadi pengawas sekolah, and now sedang dalam probation selama 3 bulan. Hari Sabtu ini, akan menerima perlantikan untuk menjadi Pengawas Sekolah. Satu pencapaian yang dibanggakan buat Danish yang baru pertama kali memasuki sesi persekolahan disini. Banyak juga yang dipelajari di sekolah ini, sampaikan tak sangka dia boleh catch up semuanya.

Aktiviti mewarna adalah satu kemestian, berkotak-kotak dah pensel colour beli sebab aktiviti menconteng yang tidak kira masa.

Kadang-kadang sibuk bercerita aktiviti seharian dia kat Montessori, ada aje kawan baru, hafazan ayat lazim yang baru dipelajari di sekolah. Seronok melihatkan anak-anak yang semakin ceria dapat belajar bermacam-macam perkara disini.

Muka tiap-tiap pagi macam ni mengadap kerinting nak pergi sekolah. Masa awal tahun dulu, siap berpeluk sambil muka tu sedih aje tapi sekarang muka ceria bila jumpa kawan-kawan.

Berbagai sambutan diadakan disekolah, antaranya Sambutan Merdeka Raya so semua anak-anak kena berbaju Melayu untuk meraikannya.

Ingatkan loom band ni hanya kegilaan bebudak perempuan, tak menyangkalah Danish pun boleh terjebak sama. Beli nya starter pack tu kat sekolah and then balik tu gigih la buat beberapa gelang untuk diri sendiri dan juga adiknya.

 Masing-masing leka la membuatnya, sampaikan nak makan pun tak sempat

Anak manja I ni, kita sibuk berfacial, dia pun sama sibuk jugaklah nak pakai mask semua. So lumurkan kejap dengan bedak sejuk aje sudahlah.

 
Dah bolehlah membaca beberapa perenggan buku cerita. Kena rajin sikitlah untuk menanamkan minat membaca dia tu. Kalau datang angin puting beliung dia tu, satu page pun tak nak dilayannya.


Kat sekolah adalah subjek Little Scientist tu yang seronok sangat bila ada aktiviti-aktiviti berkenaan sains walaupun hanya menyemai benih taugeh aje.

Ahad ni Majlis Graduasi buat Kerinting, alahai cepatnya nak membesar dah yer. Sedih pula rasanya bila mengenangkan belum puas lagilah bermanja, menggomol Danish dan Ryan ni. Tahun depan dah nak mulakan alam sekolah rendah, macamana la tu gamaknya Ryan ehh. Insyallah, semoga semua urusan dipermudahkan.

2 comments:

  1. Assalam gina,
    BETUI3..memang cepat ja masa berlalu
    iols mula baca uols nyer blog masa uols p obersee
    kerinting cinonet saja..
    sekarang mak haiiii dah besor dah kan3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam
      Tu la kan, mmg tak sangka dulu masa nak merantau ke Adelaide baru berumur 1.5 tahun sekarang ni dah nak masuk sekolah rendah dah pun

      Delete