Nuffnang Ad

Monday, 27 July 2015

Bersofa barulah kita raya ni

3 hari sebelum raya sempat lagi ke IKEA untuk mendapatkan sofa yang selama ini diidamkan. Dah beberapa kali pergi asyik habis stok memanjang so dapat called dari IKEA cakap stok dah masuk, bergegas pergi.

Dah alang-alang ada kat IKEA, terasa nak mencuba pula buffet di IKEA walaupun tak termasuk dalam itinerary ke IKEA. Tahun lepas dah pernah cuba, so apa salahnya tahun ini mencuba lagi, kan.

Dah lama berkenan kat sofa ni, so ada rezeki lebih sikit cecepat la kita pi beli, kan.

Banyak pula deco yang cantik-cantik sempena Raya ni, geram pulak nengoknya. Biasalah kan kalau datang ke IKEA ni apa sahaja nampak cantik dan mulalah nak berangan sana sini.

Ada seorang my x-student kerja di IKEA ni, so senang nak check stok atau apa-apa barang. Marah jugaklah kalau datang IKEA pastu barang tak ada...huhuhuhuh.

Pukul 5pm dah booking tempat berbuka puasa secara buffet di IKEA, tahun ni diasingkan tempat buffet dan ala-carte. Buffet pun tak ramai orang yang pergi sangat, ada 7 meja aje yang ditempah. Tak tahulah kalau dekat-dekat pukul 7 nanti ramai pulak.

Makanan pun sedap-sedap, meatball free flow you

Ada kambing golek, tapi not so nice cos daging kambing agak dry sikit

Hah, makan sampai kenyang ye semua, lepas tu nak menyambung shopping lagi kat IKEA ni.

Daddy Jack dari hari tu sibuk nak beli set BILLY untuk mempamerkan koleksinya...koleksi apa itu, kita tunggu ajelah nanti.

Ni yang nampak di kaunter, sofa kena ambil di tempat khas sebab besar sangat. Even tak boleh nak bawa balik pun so kena delivery sampai rumah ajelah. Banyak dah jasa IKEA ni kat rumah kami since dari duduk Adelaide lagi, so tak nak ke lantik we all jadi Duta IKEA pulak ehhh...heheheheheh.

Sunday, 26 July 2015

Dari Dapur Gina Manan versi 1

Lama tak update menu masak-masak I kan. Sesekali kenalah asah skill memasak yang lama terpendam tu. Orang perempuan ni ni tipulah kalau tak pandai memasak, selalunya tak pandai tapi if dah lama-lama mencuba tu terus la pandai. Malulah jadi perempuan kalau tak pandai memasak, ye tak?

Pisang Goreng Cheese yang menjadi kegilaan orang-orang Malaysia sekarang. Merata ceruk ada aje ditepi-tepi jalan orang duk buka gerai menjualnya. Sesekali nak juga mencuba kehebatannya tapi rasanya sedap lagi pisang goreng biasa cicah sambal kicap tu.

Kalau ada mood rajin, karipap pun boleh buat sendiri, tapi kadang tu tak sempat nak frozenkan, tau-tau dah habis digoreng and makan.

Mood diet masih diteruskan, itupun mcm air laut, ada pasang dan surutnya. tapi Insyallah, semoga KPI dapat dicapai menjelang akhir tahun ini.


Snek malam-malam cukuplah makan pisang and honey sahaja.

Sesekali rajin juga membuat smoothies daripada sayuran dan juga buahan-buahan, tapi antara malas dengan rajin ajelah kan.

Nasi tetap diambil, ikut cara Kevin Zahri..segenggam nasi memadai.

Kadang tu pagi-pagi tak sempat nak breakfast, just makan pisang and cracker with cheese spread aje, cukuplah nak membuatkan badan bertenaga untuk membuat kerja-kerja dirumah.

Kadang-kadang kalah dengan petai dan juga masak lemak cili api daging salai dengan rebung...grrrrrrr.

Nak kurus, semua kena ketepikan dulu, buat yang perlu dulu. Makanan jgn sampai tak makan langsung, just makan dengan minimal serta berhemah la, janganlah semua pun nak hentam keromo aje.

Friday, 24 July 2015

Ikea dan Raya, berpisah tiada

Kalau raya tak berkunjung ke IKEA memang tak sahlah kan. Ada aje benda yang nak didecokan time-time raya ni.

Ikea baru mengeluarkan koleksi Rayanya untuk tahun ini. Ala-ala Timur Tengah konsepnya. tapi sayangnya, sofa yang we all nak dah habis stok pulak, kena tunggu restock dalam masa beberapa hari sahaja.

Mujur tak membeli apa-apa. Macam nilah keadaan hujung minggu di IKEA, beratur punyalah panjang, mengalahkan ular kena palu.

Mereka bertiga beranak ni tak habis-habis dengan kegilaannya dari Adelaide, LEGO.

 Memilih mini figure The Simpson untuk menambahkan lagi koleksi.

Balik berjalan, terus masuk dapur sambil menikirkan menu apa untuk juadah berbuka nanti. Nampak pula perencah mee bandung Mak Pon yang masih ada lagi so makan mee bandung ajelah kita berbuka nanti.

Bacaan bersama anak-anak sebelum tidur, buku yang bagus untuk mengenali dengan lebih dekat lagi 25 Rasul kita. Bahasa pun mudah difahami serta mudah untuk dibaca oleh anak-anak kecil.

Wednesday, 22 July 2015

Post Aidilfitri

Lambat betul nak upload entry pasal beraya, sibuk punya hal. Lagipun nak beraya tanpa gadget, senang nak makan dan berbual bersama saudara mara semua.

Apa-apa pun sebelum sibuk nak beraya, kereta harus diservis dahulu, tak kisahlah tak balik kampung sekali pun tapi keselamatan pun harus diutamakan juga.


Persiapan juadah raya biasa-biasa aje, tiada yang lain seperti tahun-tahun sebelum ini. Cumanya kali ini, tak buat banyak-banyak, just cukup untuk satu keluarga aje makan.

Juadah berbuka puasa di malam terakhir, selama ini we all jarang makan di luar, kalau ada pun rasanya 2-3 kali aje. Alhamdulillah, Pasar Ramadhan pun tak jejak tahun ni, semuanya masak sendiri aje. Tapi Subway memang ada sekali dalam bulan puasa nak makan, sekali roti habis so terpaksalah menangguh. Kebetulan petang raya tu pergi jalan-jalan, so belilah awal sikit.


Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga. Salah dan silap harap dimaafkan. Semoga ukhwah antara kita terjalin dengan lebih mesra lagi.

Monday, 13 July 2015

Iftar with bloggers

Puasa dah sampai ke penghujung, baru terhegeh-hegeh nak buat entry pasal Ramadhan, bukannya apa  my Ramadhan biasa-biasa aje, memasak untuk keluarga. So taknak upload gambar memasak pulak di bulan-bulan puasa ni, takut ada pulak yang terliur. Hahahahaha, macamlah sedap sangat masak tu kan. Tahun ini, Alhamdulillah belum pun menjejakkan kaki ke Bazar Ramadhan, semuanya buat sendiri walaupun simple aje lauk berbuka. Berbuka di luar pula adalah a few times jugak tapi tak larat la nak menghabiskan makanan yang banyak-banyak tu.

Minggu pertama puasa, I telah mendapat undangan daripada Nuffnang untuk ke Iftar bersama #mameecheflontong di Restoran Rebung, Bangsar. I pergi dengan kawan blogger, Anies cos jemputan hanya untuk blogger sahaja. Ingatkan dah lewat cos we all keluar rumah agak lewat, but Alhamdulillah at 630pm dah sampai dah.


Sesampai aje, dah ramai pun orang dalam tu dengan media dan juga pihak pengurusan Mamee. We all yang bloggers ini diberikan satu meja untuk berkumpul.

Majlis berbuka puasa ini juga turut dihadiri oleh celebriti Mamee, Nora Danish dan Chef Dato' Ismail. 

Chef Dato' Ismail banyak memberi tips dan juga resepi-resepi untuk dicuba bersama #mameecheflontong. Tak sangka, dengan #mameecheflontong banyak juga idea-idea makanan yang menarik. Okaylah, nanti kita cuba.


Comelnya Cik Nora Danish ni, sangat comel tengok berdepan. Badan pun cantik and kecik molek aje orangnya.

Makanan yang dihidangkan pun sedap-sedap semua, dengan air pelbagai jenis semuanya sedap. Terima kasih kepada pihak penganjur.

Antara bloggers yang turut memeriahkn majlis #mameecheflontong. Seronok berkumpul, mengenal rakan-rakan bloggers yang baru. Terima kasih Nuffnang diatas penghargaan ini.


Friday, 10 July 2015

Ah-ma-zing Sahur

Ramadhan dah hampir melabuhkan tirainya so we all sekeluarga masih tetap bersemangat untuk meneruskan berpuasa sehingga ke akhirnya. Ini adalah kali kedua we all sekeluarga berpuasa di Malaysia after 4 tahun duduk di Negara orang. Memang banyak cabaran bila berpuasa di kala cuaca yang panas terik serta letih terkejar ke sana sini menguruskan rumah tangga serta hal anak-anak.

Ini juga adalah pengalaman berpuasa buat anak-anak I.  Yang sulung, Danish so far tiada masalah untuk berpuasa cos we all memang dah melatih dia berpuasa ketika umurnya 7 tahun lagi and since tahun ini Ryan juga dah 7 tahun so we all bersedia untuk melatih Ryan untuk berpuasa juga kali ini.


Kami sekeluarga mengamalkan cara hidup yang sihat. Jika bukan bulan puasa, I akan make sure semua orang dalam rumah ini memakan smoothies untuk sumber vitamin. Tapi sapa yang larat kan nak blend all the veges and fruits pada waktu subuh-subuh tu, itupun kalau tersedar sebelum habis sahur, kalau terlepas waktu sahur, berlapar la sampai waktu berbuka, kes naya satu keluarga.



Baru-baru ini ternampak TVC di TV tentang Horlicks. Lama dah tak minum Horlicks, last minum sewaktu menyusukan Ryan cos Ibu cakap Horlicks ni membantu menambahkan susu badan and its true !! So we all decided untuk menambahkan tenaga sewaktu berpuasa dengan minum Horlicks.

Pengalaman pertama Ryan untuk berpuasa adalah satu cabaran buat dirinya. Kena bangun sahur dan juga berlapar sampai waktu berbuka. Kadang nak tergelak tengok gelagatnya di meja makan. Bangun tidur kena dukung turun ke bawah sebab mata tak boleh nak bukak dah.


Sejak awal berpuasa lagi, I dah bancuhkan Horlicks untuk Ryan dan semua ahli keluarga minum untuk menambahkan nutrisi sepanjang hari. #sahurdenganHorlicks adalah satu pengalaman yang menarik tahun ini. Horlicks yang mempunyai 23 nutrisi tambahan serta mineral untuk memastikan anak-anak penuh berkhasiat setiap hari walaupun di bulan Ramadhan. 2 hidangan Horlicks Original & Chocolate Malt mempunyai 224% NRV Vitamin D dan 94% NRV Kalsium yang cukup untuk meningkatkan pertumbesaran anak-anak.


Alhamdulillah, dengan #sahurdenganHorlicks ini, Ryan kekal bertenaga walaupun ke sekolah, pulang pukul 4 petang tetapi tetap segar berpuasa walaupun ini adalah pengalaman berpuasa yang pertama.


I juga mencipta satu smoothies yang menggunakan Horlicks sebagai penyedap rasa. Blendkan semua buahan-buahan dan sayur-sayuran serta tambahkan serbuk Horlicks di dalamnya, terus masuk ke dalam fridge untuk diminum sewaktu bersahur. Rasa yang lazat dan kekal cergas sepanjang hari.

credit to Mr Googles

Selain #sahurdenganHorlicks, we all juga mencuba resepi biskut raya dengan menggunakan serbuk Horlicks sebagai bahan utama. Tak sabar nak makan biskut yang kami sediakan ini.



Apakah memori atau pengalaman Ramadan pertama anda atau anak anda yang paling manis? Sekiranya ada, kongsikan bersama-sama pengalaman anda itu di Horlicks Ramadhan Experience Contest. 5 pemenang yang mempunyai entry pengalam berpuasa paling menatik akan memenangi bekalan barangan Horlicks selama SETAHUN. Upload video menarik anda itu di Horlicks' FB page dan kongsikan kegembiraan bersahur itu dengan seluruh rakyat Malaysia.