Nuffnang Ad

Sunday 8 May 2016

Seharian hujung minggu

Ahad selalunya hari duduk bersengang di rumah sahaja. Layankan permintaan anak-anak. Kalau Ryan permintaan breakfastnya adala soto ayam so bangun seawal pukul 5am untuk menyediakan makanan yang diminta. Minggu depan, menu Danish pula. So dah nak makan soto, kenalah tolong Mummy di dapur.

Ngam-ngam pukul 8 semua pun dah siap dihidang so dah settle semua, barulah kita sekeluarga boleh makan.

Dah settle breakfast, everyone take turn kemas beg sekolah, buku and kasut semua. Pastikan semua kelengkapan sekolah cukup untuk esok hari then barulah boleh main game atau tengok tv. Itupun bukan sepanjang masa, cukuplah 2 jam sahaja.

Dah petang sikit, barulah kita kita keluar makan di mamak pula. Makan roti telur NZ pun dah cukup dah.

Balik rumah, sambung mengemas toys pula yang mana nak diberi kepada orang sebab dah tak main dah sebab umur pun dah besar. Mana yang boleh derma, didermakan. Nak kosongkan kotak-kotak yang we all angkut bawa balik tu.

1 comment:

  1. Rajinnya masak seawal 5 pagi untuk memenuhi keinginan anak. Pasal main game memang patut dihadkan masa mereka supaya mereka tidak lalai.

    ReplyDelete