Cuti sekolah tak kemana pun, duduk rumah ajelah. So kita masak and makan ajelah. Danish pun busy dengan extra class from Monday till Thursday (830am - 4pm) so kita pun sama jugak la tak bergerak ke mana-mana.
Masa time rajin, kita pun buatlah Laksa Johor, tahu dah remehnya macamana tapi disebabkan teringin nak makan, so kita pun kenalah buat juga.
Breakfast pun simple ajelah, kalau asyik makan roti canai aje, mana nak larat
Makan lunch pun kadang-kadang lauk yang simple aje, tak larat nak masak berat-berat especially bila hari panas berdenting, rasa berkuap duduk lama-lama kat dapur.
Dah lepas masak semua, kasi kemas lemari handbag dan juga baju-baju. Baru tersedar ada beberapa handbags yang basih belum digunakan, pastu terpikir bilalah masa membelinya. Ni masa duduk kat Adelaide ni, asal sale aje gatal membeli.
Kalau dah petang-petang tu, anak-anak pun sibuk tanya petang makan apa? So mencarilah dalam pantry apa yang boleh dibuat untuk minum petang.
Taraaaa, jadilah Kuih Lapis, kegemaran Ryan
Kadang tu, kalau dah bosan makan dirumah, kita pergilah juga makan di luar sekali sekala, kasi dapur berehat juga.
Petang Isnin and Rabu as usual la, training bola di padang sampai pukul 8. I pun ambil kesempatan la berjogging keliling padang.
Kalau Ayah ajak makan luar, barulah dapat join. Selalu tak dapat join sebab hari sekolah.
Kalau Ayah selalu nak ke Hadramawt, Jalan Ampang, makan Nasi Arab
Bangun pagi selalunya sesi mengemas rumah dulu sebelum anak-anak bangun. Kalau dah bangun, mana nak mengemasnya sebab sibuk nak makan memang tak ada masa nak kemas especially living hall.
Sekarang ni I pun terjebak sama kalau pergi mana-mana shopping mall, masuk kedai sukan nak tengok pants and tshirt untuk bersukan.
Kadang kala, kalau rajin berjalan makan la di KLCC, samada di Little Penang, ataupun Madam Kwans. Antara tempat makan yang anak-anak suka makan.
Tak bermakna makan di tempat-tempat mewah aje, sesekali makan di gerai pun best juga. Suka lagi makan masakan Thai di gerai-gerai berbanding makan di restoran cos harga murah and banyak pilihan malahan sedap pulak tu.