Nuffnang Ad

Saturday 9 October 2010

His school holiday project


Since sekolah tengah cuti nie, Danish the Menace pun tak tahu apa nak buat, buku dah baca, exercise book pun banyak dah buat, main tak pernah tinggal, so I decided to bake a cake and ajak die tolong sama. Kat sekolah pun dia ada cooking class, and tak sabar nak tunggu I buat kek.

I just buat small cupcake aje, then beli aje icing cream yang dah siap, tak kuasa la nak membuatnya. Nanti kecah pulak lah dapur tu. So, I ajar dulu mcmana nak sapukan icing putih tu and die yang habis sapukan semua cupcake tu. Sebelum tu ada syaratnya...nak buat drawing atas kek, kena pastikan Ryan the Lion tido dulu, kalau tak, lagi haru-biru dibuatnya.

Sambil tengokkan Danish membuat cupcakenya, sambil tu jugaklah mulut nie mengunyah kuih raya pemberian kawan-kawan disini. Kuih cornflakes nie diberi oleh Najwa masa open house hari tu. Sedap sangat.

Nie pula kuih raya pemberian Ayu, jiran sebelah. Lama sungguh die menunggu kuih nie, rasanya keluarga die from Malaysia, kirimkan kuih nie 2 minggu puasa, and sampai minggu ketiga raya..nasib baiklah tak hancur kuih nie and paling haru, bila kuih nie dirampas oleh Kastam Australia, and dibuang begitu sahaja. Alhamdulillah, semuanya telahpun selamat.

Daddy Jack pun sama teruja dengan aktiviti mengaler kek nie lantas dibelikan set writing nie untuk anaknya buat lukis-lukis atas kek.

See, memula tu tak nak tolong pun, lama-lama rasa nak mencuba jugak melukis atas kek setelah sekian lama meninggalkan bidang lukisan ini. Antara lukisan Daddy Jack, tentunya gambar-gambar yang berkaitan dengan sukan la.

Danish masih takut-takut nam cuba melukis...tangannya terketar-ketar nak memicir-micit pen tu. I pun terleka juga membuatnya.

Hasil kreativiti 2 lecturer Art & Design bersama anaknya. Of course, yang elok dan cantik tu from mak pak die la. Yang lintang pukakng from anaknya yang baru nak belajar melukis.

Antara hasil kerja tangan Danish is cupcake untuk kawan-kawannya, Ika anak kepada Ku Surah.

See, I told you, he and Aqil memang tak boleh nak dipisahkan. Ada juga cupcake untuk Aqil, siap ada no, jersey Manchester United yang Aqil selalu pakai lagi. Gamaknya, kalau dibiarkan main bola ngan Aqil, maunya sampai ke malam mainnya.

Tak ketinggalan, nama anak Aiyu jiran sebelah pun die ingat jugak. Siap tulis no 2, sebabnya Ukail tu dah 2 tahun umurnya.

Kek untuk Aunty Aiyu, Uncle Man and Ukail, khas from Danish Imran

Elok aje semuanya dah selesai melukis, Ryan the Lion bangun tido..Selamat...kalau tak, sure kena tepis apa bagai. Bangun tido, terus ngap kek hasil buatan abang die.

3 comments:

  1. cutenya muka depa masa makan cupcakes tu..

    ReplyDelete
  2. Salam, singgah di sini sekejap. amboi colourful sungguh hasil tangan anak teruna tu, auntie mintak 1 cupcake, boleh? hehehe

    ReplyDelete
  3. siap ada pencil icing erkk.senang je kerja camtu kan. leh la danish wat lukisan lawa²..

    penuh je pipi ryan makan kapkek.

    ReplyDelete