Nuffnang Ad

Thursday, 31 July 2014

Salam Syawal

Maaflah terlambat sikit untuk update ucapan salam Syawal buat pembaca blog ini, maklumlah busy dengan persiapan raya serta line internet yang kurang stabil sikit. Alhamdulillah, tahun ini pertama kali dapat beraya di Malaysia setelah 3 1/2 tahu duduk di perantauan. Dapat berpuasa dan juga beraya bersama keluarga tercinta di Kuantan.

Pagi Raya agak tenang sedikit, tiada drama bangun lambat atau sesi terjerit-jerit nak suruh bangun pagi untuk bersembahyang di masjid. Semuanya berjalan dengan lancar.

Drama hanya terjadi bila sesi bermaafan, biasalah kerinting bila time nak bersalam-salaman mulalah buat muka sedih dan cebekk sebab tahu banyak salah yang dilakukan. Nak tergelak pun ada jugak.

  My nyawa, Ayah dan Ibu

Pertama kali merasa mendapat banyak duit raya, Ryan rasa dia banyak buat salah so orang bagi dia duit banyak.

Tahun ni tak ramai yang beraya dengan Ayah dan Ibu, hanya 2 keluarga dan Hannan aje yang beraya bersama. Didi balik Johor dan Kak Nyah beraya di KL sahaja while Kak Cik beraya di Dubai menemankan suaminya yang bekerja disana.

Tahun ni semua rumah terbuka MB dan juga Istana dibatalkan demi menghormati tragedi MH17, tapi rumah Ayah diserbu oleh para tetamu seawal jam 10 pagi.

Antara hidangan di pagi raya adalah Nasi Arab, kari kambing dan juga kari tulang

Buatlah apa juga cake like Salted Caramel, Victoria Sponge cake atau Chocolote Moist, I tetap mencari kek buatan makcik I ni di pagi raya. Kek Marble yang setiap kali raya mesti akan ada di atas meja. Kalau tak ada, tak menjadilah raya tahun tu.

Tetamu datang berduyun-duyun sampailah ke petang, so dalam pukul 3pm tu barulah dapat melunjurkan kaki then menikmati hidangan yang disediakan antaranya Lontong bersama sambal sotong, nasi impit kuah kacang, rendang ayam dan daging serta ketupat daun palas. Semua ini we all yang bersama-sama membuatnya, tiada mengupah orang untuk membuatnya.

Sebulan berpuasa, main bola pun kena puasa juga, takut keletihan. Dapat padang depan rumah Ayah tu tak sempat nak tukar baju dah terus main bola. udahnya baju raya Ryan dan sampinnya dah koyak. Geram jugak rasanya.
Dah petang barulah dapat berposing dengan baju raya serta bergambar satu family, sebelum tu hanya berjubah sahaja sebab sibuk di dapur menguruskan makanan untuk tetamu yang datang. Akhir kata,

 Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin
.

Ikhlas dari kami sekeluarga
Gina Manan, Khairezan, Danish Imran & Rayyan Irfan
Kuala Lumpur, 2014

Sunday, 27 July 2014

Cubaan sahur

My kerinting pun tak ketinggalan untuk cuba bersahur pada Ramadan kali ini. Cikgu di sekolah cuba practice anak-anak umur 6 tahun untuk berpuasa di sekolah and I pun try juga bila hujung minggu untuk semuanya berpuasa. Cabaran paling utama adalah mengejutkan bangun sahur.

Ada tu pukul 12 dah makan walaupun cuba untuk tahan tapi alasan tak tahan sangat dah ni.

Seterusnya dah boleh bangun sahur, tapi tak tahu apa yang dimakan cos lebih banyak lelap dari makan. 
 

Saturday, 26 July 2014

Dapat jua

Daddy Jack ni satu perangai dia kalau tak dapat satu barang tu mulalah siap tak tido malam memikirkannya. Macam boot Doc Mart sebelum ni masa we all ke Pavilion, tak ada saiz Danish sebenarnya so pagi Isnin tu gigih telefon outlet di The Gardens pula untuk tanyakan stock boot tu.

Mujurlah ada saiz untuk 2-2 anaknya, kalau tak entah berapa malam tak tido mengenangkannya.

 Just nice !

Kononnya nak berbuka puasa di Mid Valley, semua tempat dah fully booked so we all beli roti, corn in the cup then berbuka dalam kereta ajelah anak beranak. Then on the way balik rumah, singgah NZ dulu untuk pekena mee goreng telur mata, sup ayam serta maggi goreng.
 

Friday, 25 July 2014

Selagi belum raya

Hmm, selagi belum raya selagi tu la tak habis-habis menyukat shopping mall ni. Minggu lepas ke KLCC lagi, tak tahulah apa lagi yang nak cari lagi.

Tak adalah nak membeli sangat pun, just nak menunggu waktu berbuka puasa cos minggu lepas we all satu family termasuk Ayah dan Ibu berbuka puasa di luar so keluar rumah lepas Asar, then singgah la berjalan-jalan ke KLCC. Sementara tak nak membeli tu, Daddy Jack udah terberkenan dengan something yang boleh dipakai ketika Raya nanti.

Hanya ini ja yang mampu I hadiahkan untuk Daddy Jack bila raya ni, dan jenama pilihan mestilah I pilih.

Lama lagi nak berbuka ni so kita singgah Kinokuniya sambil melihat-lihat buku-buku baru dan menikmati pemandangan kota metropolitan Kuala Lumpur ini.

Tepat pukul 630pm, we all dah sampai tempat favourite berbuka puasa kami setiap tahun since 2006 lagi, Cafe D'Istana Jalamas di Istana Budaya. Tapi since 3 1/2 tahun yang tak berbuka disini so kali ni tak sabar-sabar dah nak berbuka disini tapi sayangnya tahun ini adalah tahun terakhir syarikat catering ini beroperasi disini lepas ni maybe orang lain yang akan mengambil alih.

Dengan harga RM39.90 dan juga budak RM25 (3 tahun keatas) harga yang sangat berbaloi daripada hotel-hotel 5 bintang yang sampai mencecah RM100++ sehingga RM200+ untuk harga buffet ramadan mereka. Pelbagai jenis lauk pauk, kuih muih, mee dan bermacam-macam lagilah ada disini.

Bahagian luar ni ada ABC, Yong Tau Foo, Mee Bandung, Laksa Johor, Rojak Singapore, Roti Jala serta ikan bakar disini.

Kuih yang pelbagai jenis dari uih manis, pedas bergoreng semuanya ada disini. Portion pun comel-comel aje, sebab kalau buat portion yang biasa, takut orang tak habis makan, sayang aje kan.

Lauk memang banyak jenis, ada yang berkuah, gorengan serta lauk kering macam ikan tenggiri masak sambal, serta sambal kentang.

Dah settle berbuka puasa, terasa pulak nak ke Pavillion sebab dapat info Parkson tutup pukul 11 malam so teruslah menuju ke sana.

Hah, kan betul..bukak sampai hari Ahad ni, so sesiapa yang nak bershopping lagi bolehlah ke Parkson Pavillion, lepas tu balik sahur terus.

Jenguk Dr Mart kejap. Aishhh, baru minggu lepas belikan boot the boys, alih-alih ada pulak yang baru sampai beebrapa hari sebelum we all datang ni. Daddy Jack of course la dah gundah gulana, nak tambah lagi ke tak.

Isnin lepas, Cik Posto hantar ni pulak untuk new collection, tapi azam tahun ni (harapnya tak terjebak) nak kurangkan membeli handbag cos ada yang masih dalam kotak, tak pakai lagi masa beli kat Melbourne. Itu satu jenama, yang jenama O tu pun sama jugak, masih duduk dalam kotak lagi. Entah bilalah nak pakainya tu.

Thursday, 24 July 2014

Ikea Buffet style


First time nak mencuba makan di luar after dah 3 minggu berpuasa. Sesekali nak jugalah merewardkan diri after dah jenuh berperang di dapur tu. Ke mana hala tempat makan kita, of course la menuju ke IKEA cos banyak review cakap buffet dia macam best. Lagipun for member ada special price.

Tak sangka buffet menu di IKEA sebegini rupa, siap ada ulam petai dan jering. Dulu rasanya hanya ada meatball dan makanan yang ada di cafe ni sahaja tapi ni sudah bagus, berselera sikit.

We all memang datang awal, dalam pukul 4pm tu we all dah beli our ticket dah tapi kena datang dalam pukul 6pm untuk dapatkan seat cos seat tak boleh nak reserved.

Lepas tu, berjalan-jalan di The Curve sambil melihat-lihat kedai di sekitar. Lama tak tak berjalan ke sini kalau datang IKEA, hanya jalan di IKEA sahaja then balik.

Dah habis pusing The Curve, masuk pusing dalam IKEA pulak. Banyak juga barang-barang baru yang ada kat sini tapi kena tunggu IKEA new catalogue untuk tengok harga. 

Memang ada beberapa barang yang we all nak beli kat sini, tapi since kat hari tu hanya datang nak berbuka puasa aje so semua barang tu ditulis dulu, then nanti terus ambil di rak aje, tak payah susah-susah nak pusing satu IKEA.

Kerinting ni kononnya puasa tapi pukul 6 dah tak tahan, so minta dibelikan pasta. Kiranya dah berbuka awal ikut waktu Adelaide la ni.

Tepat pukul 630pm, ramai dah beratur untuk mengambil makanan. I serbu tempat dessert dulu cos normally berbuka puasa dengan kuih muih dulu. Ada pelbagai jenis kuih muih yang sedap-sedap semuanya.

Antara kuih muih yang menjadi pilihan. Air Mango dan teh tarik adalah free flow dan boleh minum sampai kembung.

Ramai yang beratur kerana ini, kambing bakar sampaikan ada yang berbuka berdiri semata-mata kerana ini.

Main course yang terdiri dari mee goreng, nasi minyak dan beberapa jenis lauk pauk.

Meatball pun free flow so boleh sumbat banyak mana yang boleh dalam perut masing-masing. Salmon poached tu dikeluarkan lepas sambal udang habis licin.

 Penutup kami malam itu, adalah ABC

Comel pulak if our family potrait di pagi raya nanti macam ni, so rumah kena make sure berdeco raya dengan product IKEA la, baru sama.