Nuffnang Ad

Thursday, 17 July 2014

Ketuk-ketuk Ramadan

Bersiaran dari dapur di bulan puasa ni memang mencabar, sama macam di Adelaide dulu aktiviti memasak bermula lepas anak-anak balik sekolah at 3pm then lepas tu baru berperang di dapur.

Dah siap masak, kadang tu Daddy Jack ajak pergi keluar and then nampak pulak la sushi set ni, Terliur la pulak di bulan puasa ni makan sushi. Dalam rumah ni, hanya I sorang aje yang gemar makan sushi, Daddy Jack dan anak-anak tak reti makan.

Ada masanya masak lauk untuk berbuka puasa macam nak sambut raya dah. Permintaan Danish nak makan rendang ayam.

Bila dah Danish minta rendang, Daddy Jack pun teringin la pulak nak makan lodeh.

Hah, kan dah macam nak raya aje, sekuali rendang, seperiuk kuah lodeh dan juga semangkuk nasi impit Nona siap sedia nak dihidangkan untuk berbuka puasa.

 
Kadang-kadang tu, Ibu balik KL and then ajak juga sesekali (bukan sesekali macam selalu aje) berbuka puasa di rumah Ibu. Ibu beritahu menu, pukul 7 semua adik-adik menderu datang sambil membawa makanan masing-masing.

Dekat-dekat nak raya ni banyak la dapat katalog raya, antaranya dari Habib dan juga IKEA

 Kadang tu malas masak, buat yee mee aje. Ekspress sangat.

 Sambil-sambil masak, sempat lah membaca 

 Bihun goreng Singapore membuka selera berbuka puasa kami

 Kadang terlebih rajin, buat pulak ayam panggang, dimakan dengan roti

 Ibu kalau balik Kuantan, bawa balik laksa Pahang

 Menyertai Iftar Ramadan dan solat terawih di Musolla

Kadang-kadang tekak meminta makanan ala-ala restoran Cina Muslim, so jadilah mee wantan

Tapi rasanya tak sama macam mee aunty di RnR Tapah tu, entah bilalah nak pi merasa. Tunggu bulan 12 la nanti, nak buat Le Tour ke Utara.

 Pukul 6 aje, dah ada sibuk yang datang ke dapur nak menolong

2 minggu menahan diri daripada makan di mamak, tapi ada satu hari tu memang tak boleh tahan. Singgah NZ, pekena teh tarik dan roti canai serta maggi goreng memang sedap.
 

7 comments:

  1. Roti canai... dah lama tak singgah kedai mamak. Tak pe... abis bulan puasa kami gi hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tertahan menunggu, tu yang 2 minggu puasa terus serbu mamak

      Delete
  2. actually at the moment tgh craving nasi daun pisang.... tapi tak suka berbuka kat luar... nak mencari for sahur takde plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. I belum pernah cuba makan nasi daun pisang, katanya kat Bangsar ada restoran yang sedap kan, nanti nak cuba lah

      Delete
    2. selalu makan kat Bangsar tapi pergi masa sahur takde

      Delete
  3. aaa..sedapnye....paling sedap maggi goreng tuuuu..hahaha
    btw, slm perkenalan kak, dh lama bc blog akak, cuma la ni baru komen..hihi ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan Yuhaisya, terima kasih sudi singgah sini ya.

      Delete