Nuffnang Ad

Tuesday, 1 July 2014

Ramadan Karem

   Selamat menyambut Ramadan yang mulia buat semua pembaca blog saya

Tahun ini merupakan tahun pertama me and my family menyambut puasa di Malaysia after 3 1/2 setahun merantau ke Adelaide. Adalah satu tahun tu berpuasa dan beraya di Malaysia tapi taklah dari mula, lagi seminggu nak raya so suasananya agak berbeza juga. Tambahan pula, sebelum ini duduk dengan Ayah dan Ibu so tahun ini juga merupakan tahun pertama menyambut Ramadan bersama-sama keluarga sendiri.

Jadual berbuka puasa bagi kawan Gombak dan KL. Seronok la kawan-kawan di Adelaide yang berbuka awal, tambah lagi dengan suasana sejuk. Teringat-ingat suasana menyambut Ramadan di sana, setiap malam bersembahyang terawih di rumah kawan-kawan ataupun buat sendiri sahaja. Kalau ada kelapangan, ada aja kawan-kawan yang buat majlis berbuka puasa di rumah masing-masing.

Buku yang telah berkhidmat lama sejak di Adelaide lagi, so kenalah bukak balik time Ramadan ni, nak mengorek segala-gala resepi kuih muih dan juga masakan.

Antara kuih yang wajib ada ketika Ramadan, roll sardin gulung. Dari Adelaide lagi dah membuatnya. 

Tangan pun ada sikit gatal, so puding koktel pun terbuat juga di hari pertama Ramadan.

Kurma Medjool ni memang sedap. Kalu di Woolies dan Coles dulu setiap kali nak Ramadan memang murah, so we all pun memborongnya. Tak sangkalah pulak di Cold Storage pun ada menjualnya. Harganya macam ketulan emas kat sini.

Permulaan Ramdan yang berkat. Misi Ramadan kali ini cuma untuk makan dengan berhemah serta masak sendiri macam duduk di Adelaide dulu. Malas nak bersesak-sesak di pasar Ramadan serta membazirkan duit membeli macam-macam jenis makanan yang akhirnya melakukan satu pembaziran. 

No comments:

Post a Comment