Hmm, selagi belum raya selagi tu la tak habis-habis menyukat shopping mall ni. Minggu lepas ke KLCC lagi, tak tahulah apa lagi yang nak cari lagi.
Tak adalah nak membeli sangat pun, just nak menunggu waktu berbuka puasa cos minggu lepas we all satu family termasuk Ayah dan Ibu berbuka puasa di luar so keluar rumah lepas Asar, then singgah la berjalan-jalan ke KLCC. Sementara tak nak membeli tu, Daddy Jack udah terberkenan dengan something yang boleh dipakai ketika Raya nanti.
Hanya ini ja yang mampu I hadiahkan untuk Daddy Jack bila raya ni, dan jenama pilihan mestilah I pilih.
Lama lagi nak berbuka ni so kita singgah Kinokuniya sambil melihat-lihat buku-buku baru dan menikmati pemandangan kota metropolitan Kuala Lumpur ini.
Tepat pukul 630pm, we all dah sampai tempat favourite berbuka puasa kami setiap tahun since 2006 lagi, Cafe D'Istana Jalamas di Istana Budaya. Tapi since 3 1/2 tahun yang tak berbuka disini so kali ni tak sabar-sabar dah nak berbuka disini tapi sayangnya tahun ini adalah tahun terakhir syarikat catering ini beroperasi disini lepas ni maybe orang lain yang akan mengambil alih.
Dengan harga RM39.90 dan juga budak RM25 (3 tahun keatas) harga yang sangat berbaloi daripada hotel-hotel 5 bintang yang sampai mencecah RM100++ sehingga RM200+ untuk harga buffet ramadan mereka. Pelbagai jenis lauk pauk, kuih muih, mee dan bermacam-macam lagilah ada disini.
Bahagian luar ni ada ABC, Yong Tau Foo, Mee Bandung, Laksa Johor, Rojak Singapore, Roti Jala serta ikan bakar disini.
Kuih yang pelbagai jenis dari uih manis, pedas bergoreng semuanya ada disini. Portion pun comel-comel aje, sebab kalau buat portion yang biasa, takut orang tak habis makan, sayang aje kan.
Lauk memang banyak jenis, ada yang berkuah, gorengan serta lauk kering macam ikan tenggiri masak sambal, serta sambal kentang.
Dah settle berbuka puasa, terasa pulak nak ke Pavillion sebab dapat info Parkson tutup pukul 11 malam so teruslah menuju ke sana.
Hah, kan betul..bukak sampai hari Ahad ni, so sesiapa yang nak bershopping lagi bolehlah ke Parkson Pavillion, lepas tu balik sahur terus.
Jenguk Dr Mart kejap. Aishhh, baru minggu lepas belikan boot the boys, alih-alih ada pulak yang baru sampai beebrapa hari sebelum we all datang ni. Daddy Jack of course la dah gundah gulana, nak tambah lagi ke tak.
Isnin lepas, Cik Posto hantar ni pulak untuk new collection, tapi azam tahun ni (harapnya tak terjebak) nak kurangkan membeli handbag cos ada yang masih dalam kotak, tak pakai lagi masa beli kat Melbourne. Itu satu jenama, yang jenama O tu pun sama jugak, masih duduk dalam kotak lagi. Entah bilalah nak pakainya tu.
No comments:
Post a Comment