Nuffnang Ad

Sunday, 20 July 2014

Shopping Raya

Persiapan raya yang belum selesai lagi. Misi diteruskan lagi mencari barang-barang keperluan anak-anak terutamanya. We gerak dalam pukul 10am, takut jalan jam and orang ramai. Kali ni menuju ke Pavillion pulak.

Tengok Doc Mart pun nampak menyelerakan, rasa nak makan aje. Tapi sabar-sabar bebulan posa ni kena kuatkan iman. Frust la, nampak design boot ni rasanya kat Adelaide lagi cantik-cantik walaupun tak dijual di butiknya, jual di kedai kasut biasa aje.

The boys yang beria-ia nak pakai boot macam Mummy. Beberapa tahun lepas dah belikan Timberland, and now dah tak muat dah rasanya and nak let go tak lama lagi. Actually, banyak barang the boys ni yang we all nak let go since dari mereka kecik lagi, dah taknak guna dah.

 Si kerinting ni pun sama nak berboot jugak raya-raya ni

I tried a few jugaklah yang macam rasa berkenan di hati tapi sayangnya tak ada pulak saiznya, stress !!!

Danish ni tak sudah-sudah dengan boot bolanya, kita pikirkan hal raya dulu ehh, bab bola lepas raya kita cerita.

Tempat melepak masa zaman sekolah menengah dulu. Memang IN la kiranya melepak kat sini, pastu makan pulak mee kari kat food court memang best.

Dulu masa kerja kat Menara Promet, selalu la lalu jalan ni pagi-pagi sambil tengok orang ramai pergi kerja.

Apalagilah nak dibuat kat simpang Bukit Bintang ni, makin sesak dibuatnya. McD kat sini pun sellau jadi tempat berkumpul dengan member sekolah sebelum pi merewang merata KL.

Office lama Ibu. Pernah ikut Ibu ke sini, masa tu Lot 10 pun belum ada lagi. Mujurlah puasa, akalu tak maunya melepak kat Tous le Jour tu.

Kalau keluar bershopping dengan Daddy Jack memang akan menyukat la setiap shopping malls yang ada di sepanjang Jalan Bukit Bintang tu. Mujur lah tak singgah Sungei Wang Plaza dan BB Plaza kalau tak, berbuka atas jalan la jawabnya.
 
Titik bermula dan berakhirnya jalan-jalan mencari barang anak-anak. Orang pun dah semakin ramai, sesak dah di jalan serta di dalam mall so better balik dulu and nak masak untuk berbuka puasa.

Lepak kejap, sambil melihat persembahan lagu-lagu Hari Raya disini. Kaki pun dah lenguh sana sini and fikiran dok melayang memikirkan apa hyang nak dimasak untuk berbuka nanti.
 

6 comments:

  1. Mana gambar tuan tanah..asyik gmbr ank2 n suami je... heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Tanah menyorok tak nak glamour la Bini Abe, malu

      Delete
  2. Kak ginaaaa!! Bestnyaaa shopping raya kat pavillion!!! Hikhikhik

    kak guna, web baru efa, www.arifahraedahhealthcare.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shopping untuk anak-anak ja, Efa

      Delete
  3. mmg trend bebudak zaman skrg pakai boot yer.anak saudara saya pun mcm gitu...:-)

    ReplyDelete
  4. syoknya shopping sakan.
    slmt hari raya, Gina!

    ReplyDelete