First time nak mencuba makan di luar after dah 3 minggu berpuasa. Sesekali nak jugalah merewardkan diri after dah jenuh berperang di dapur tu. Ke mana hala tempat makan kita, of course la menuju ke IKEA cos banyak review cakap buffet dia macam best. Lagipun for member ada special price.
Tak sangka buffet menu di IKEA sebegini rupa, siap ada ulam petai dan jering. Dulu rasanya hanya ada meatball dan makanan yang ada di cafe ni sahaja tapi ni sudah bagus, berselera sikit.
We all memang datang awal, dalam pukul 4pm tu we all dah beli our ticket dah tapi kena datang dalam pukul 6pm untuk dapatkan seat cos seat tak boleh nak reserved.
Lepas tu, berjalan-jalan di The Curve sambil melihat-lihat kedai di sekitar. Lama tak tak berjalan ke sini kalau datang IKEA, hanya jalan di IKEA sahaja then balik.
Dah habis pusing The Curve, masuk pusing dalam IKEA pulak. Banyak juga barang-barang baru yang ada kat sini tapi kena tunggu IKEA new catalogue untuk tengok harga.
Memang ada beberapa barang yang we all nak beli kat sini, tapi since kat hari tu hanya datang nak berbuka puasa aje so semua barang tu ditulis dulu, then nanti terus ambil di rak aje, tak payah susah-susah nak pusing satu IKEA.
Kerinting ni kononnya puasa tapi pukul 6 dah tak tahan, so minta dibelikan pasta. Kiranya dah berbuka awal ikut waktu Adelaide la ni.
Tepat pukul 630pm, ramai dah beratur untuk mengambil makanan. I serbu tempat dessert dulu cos normally berbuka puasa dengan kuih muih dulu. Ada pelbagai jenis kuih muih yang sedap-sedap semuanya.
Antara kuih muih yang menjadi pilihan. Air Mango dan teh tarik adalah free flow dan boleh minum sampai kembung.
Ramai yang beratur kerana ini, kambing bakar sampaikan ada yang berbuka berdiri semata-mata kerana ini.
Main course yang terdiri dari mee goreng, nasi minyak dan beberapa jenis lauk pauk.
Meatball pun free flow so boleh sumbat banyak mana yang boleh dalam perut masing-masing. Salmon poached tu dikeluarkan lepas sambal udang habis licin.
Penutup kami malam itu, adalah ABC
Comel pulak if our family potrait di pagi raya nanti macam ni, so rumah kena make sure berdeco raya dengan product IKEA la, baru sama.
No comments:
Post a Comment