Nuffnang Ad

Thursday, 10 July 2014

Aktiviti 2 minggu cuti sekolah

Cerita basi dah ni..time cuti sekolah yang lepas..2 minggu duduk terperap dirumah tak pergi mana-mana pun kecuali balik Kuantan aje. As usual, minum pagi adalah di NZ menikmati roti canai serta mee goreng yang super duper sedap tu.


Kalau time Daddy Jack cuti, haruslah melayan anak-anak dia main game. Kalau dengan I memng tak reti sangat.

Kalau ada game footy, masing-masing berteleku depan TV. Satu-satunya sukan yang I tak paham konsep permainannya.

Bila petang-petang, singgah kejap rumah mak mertua yang hanya kekangkang kera aje dari rumah we all. Dah makan goreng pisang dengan teh o, terus balik sambung makan malam di rumah Ibu pulak.

Sesekali keluar berdating dengan Kak Jah ke kedai Mak Jah, sambil menikmati laksa yang sedap dan juga Nescafe tarik.

Sedang duduk menonton TV, tiba-tiba dapat msg dari Kak Zack cakap blog Sweet Like Candy masuk majalah In Trends. La, tak tahu apa-apa pun. Anyway, thanks to InTrends atas write up yang cukup menarik itu.

Sesekali if ada seminar atau kursus yang bersesuaian, I pergi saja-saja untuk menambahkan ilmu didada.

Walaupun cuti sekolah, training bola tetap berjalan seperti biasa

Lepas tinggalkan Danish dengan coach, we all pun berdating la kejap di kedai berdekatan situ sambil minum petang.

Bulan June lepas, busy sikitlah dengan persiapan birthday party untuk Danish. Nanti tunggu gambar dari official photographer yer baru boleh buat entry.

Dah lama pulak tak minum air Glowing Green Smoothies ni. Muka pun dah banyak jerawat dah sebab toksin dalam badan.

Sesekali sepupu mereka datang melawat dan duduk seharian dirumah. Masa tu rumah memang riuh rendah dibuatnya. Kejap menonton TV, main game dan bila dah reda sikit bolehlah main LEGO.

Sesi mengopi bersama Kak Jah di Delifrance

4 comments:

  1. banyaknyaaa aktiviti hihiks.. sharelah resepi glowing green tu :D

    ReplyDelete
  2. padat jadual cuti sekolah yer..my nuha kesian cuti sekolah pun kena pg kindy tapi ok la ada kawan2 yg senasib :p hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sementara boleh padat, padatkan aje Eliss dari depa dok ajak pi menyukat shopping malls pastu nak macam-macam baiklah elakkan

      Delete