Jumaat sebelum puasa, sempat la buat potluck dengan member-member. Macam-macam jenis makanan ada..ada nasi Arab ayam dan lambing, kek Red Velvet, Laksa, Roti Jala Kuah Kari serta dessert yang pelbagai jenis. Ingatkan tradisi potluck hanya di Adelaide rupanya di Malaysia pun ada jugak.
Sekak dah perut masa ni, last minute ada pulak kawan yang datang bawa seperiuk sup kambing. Adoi la hai, itu mmg tak tahu nak sumbat celah mana dah.
Malam tu Daddy Jack ajak pi satu tempat, tapi tak menyangka la masih ramai lagi di jalan raya sampai sesak dibuatnya.
Ke mana lagi kalau bukan ke IKEA ! sebabnya Khamis dan Jumaat lepas adalah preview sale untuk member tapi tak adalah sale mana pun. Sekarang ni I rasa IKEA nak clearkan barang-barang lama aje, sebabnya August nanti barang-barang baru nak sampai.
Tujuan we all ke sini nak mencari katil untuk the boys. Lepas dah jual katil double decker mereka, so kenalah cari katil yang lain pulak. Ada dah yang berkenan tapi rasa hampa bila tilam IKEA yang weall beli di Adelaide agak besar untuk katil di sini. Gap adalah sebanyak 11cm so takutlah if ada pulak yang terjerlus kakinya ke bawah.
Sibuk nak kerusi Poang for kids ni tapi we all memang tak plan nak beli apa-apa pun selain katil tu.
Berangan tak sudah sambil duduk atas kerusi tu
Danish bila time makan mmg bersemangat, tahu dah nak makan apa disini so terus order aje.
Insyallah, kita ketemu lagi yer di waktu terdekat ni. Ada beberapa benda yang nak dibeli lagi ni. Buat persiapan raya untuk rumah lah jugak kan mana tahu ada kawan-kawan yang nak datang beraya dirumah kami nanti.
Artikel ini sangat bermanfaat.
ReplyDeleteSambil baca artikel ini, Aku numpang promosi deh !
Agen Bola, Bandar Bola Online, Situs Taruhan Bola, 7meter