Nuffnang Ad

Thursday, 31 July 2014

Salam Syawal

Maaflah terlambat sikit untuk update ucapan salam Syawal buat pembaca blog ini, maklumlah busy dengan persiapan raya serta line internet yang kurang stabil sikit. Alhamdulillah, tahun ini pertama kali dapat beraya di Malaysia setelah 3 1/2 tahu duduk di perantauan. Dapat berpuasa dan juga beraya bersama keluarga tercinta di Kuantan.

Pagi Raya agak tenang sedikit, tiada drama bangun lambat atau sesi terjerit-jerit nak suruh bangun pagi untuk bersembahyang di masjid. Semuanya berjalan dengan lancar.

Drama hanya terjadi bila sesi bermaafan, biasalah kerinting bila time nak bersalam-salaman mulalah buat muka sedih dan cebekk sebab tahu banyak salah yang dilakukan. Nak tergelak pun ada jugak.

  My nyawa, Ayah dan Ibu

Pertama kali merasa mendapat banyak duit raya, Ryan rasa dia banyak buat salah so orang bagi dia duit banyak.

Tahun ni tak ramai yang beraya dengan Ayah dan Ibu, hanya 2 keluarga dan Hannan aje yang beraya bersama. Didi balik Johor dan Kak Nyah beraya di KL sahaja while Kak Cik beraya di Dubai menemankan suaminya yang bekerja disana.

Tahun ni semua rumah terbuka MB dan juga Istana dibatalkan demi menghormati tragedi MH17, tapi rumah Ayah diserbu oleh para tetamu seawal jam 10 pagi.

Antara hidangan di pagi raya adalah Nasi Arab, kari kambing dan juga kari tulang

Buatlah apa juga cake like Salted Caramel, Victoria Sponge cake atau Chocolote Moist, I tetap mencari kek buatan makcik I ni di pagi raya. Kek Marble yang setiap kali raya mesti akan ada di atas meja. Kalau tak ada, tak menjadilah raya tahun tu.

Tetamu datang berduyun-duyun sampailah ke petang, so dalam pukul 3pm tu barulah dapat melunjurkan kaki then menikmati hidangan yang disediakan antaranya Lontong bersama sambal sotong, nasi impit kuah kacang, rendang ayam dan daging serta ketupat daun palas. Semua ini we all yang bersama-sama membuatnya, tiada mengupah orang untuk membuatnya.

Sebulan berpuasa, main bola pun kena puasa juga, takut keletihan. Dapat padang depan rumah Ayah tu tak sempat nak tukar baju dah terus main bola. udahnya baju raya Ryan dan sampinnya dah koyak. Geram jugak rasanya.
Dah petang barulah dapat berposing dengan baju raya serta bergambar satu family, sebelum tu hanya berjubah sahaja sebab sibuk di dapur menguruskan makanan untuk tetamu yang datang. Akhir kata,

 Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin
.

Ikhlas dari kami sekeluarga
Gina Manan, Khairezan, Danish Imran & Rayyan Irfan
Kuala Lumpur, 2014

No comments:

Post a Comment