Nuffnang Ad

Tuesday, 26 April 2016

Happy Birthday, Tuan Adam



Sesekali menyambut birthday soccermate Danish di tempat training memang best, ramai teammates dan juga Coach yang memeriahkannya.

Habis training dalam pukul 8 semua pemain dari umur 8-12 dijemput hadir ke kantin untuk makan dan juga acara potong cake.

Dah bersukan, pemakanan pun kena jaga juga tak boleh makan yang over sangat. Cukuplah makan yang rebus-rebus aje, tambah pedas sikit pun dah menyelerakan.

Sukan untuk kecergasan

Sekarang ni kena sering bersukan demi menjaga kesihatan. Walaupun cuaca agak panas, tapi kalau pergi hantar Danish training dapatlah pusing 3 round padang bola tu. Taklah berlari, setakat jalan slow-slow and lari-lari anak pun cukup dah nak berpeluh.

Kalau malas, just berlari atas treadmill pun dah memadai.

Anak-anak memang seronok la tetiap minggu ada training and tournament.

Punyalah sibuk bersuka, kereta pun tak sempat nak dicuci. So bila tengok dah teruk sangat keadaan barulah pergi cuci.

Walaupun bersuka, tumbang juga dengan sakit tekak, selsema dan juga batuk. kita tak boleh mengelak dari itu di masa fenomena El Nino yang melanda. Dah kena, pegilah cepat-cepat berjumpa doktor, takut melarat pula. Now, Alhamdulillah dah sembuh dan bolehlah kita sambung bersuka dan bersenam kembali.

Sunday, 24 April 2016

Bukit Bintang

Menarik betul pemandangan bangunan pencakar langit di AKLEH ni, selalunya we all kalau ke mana-mana ikut sini ajelah sebab senang dan cepat, malas nak menempuh jem tu lama-lama, rimas rasanya.

Kali ni tak ke KLCC, tapi ke Sungei Wang Plaza, menjari game PS4 untuk the boys. Daddy Jack cakap di Wangsa Walk mahal sikit so kena cari kedai biasa di Sg Wang. 

Dah alang-alang sampai ke Bukit Bintang tu, meh la kita makan nasi ayam glamour di sini, Nasi Ayam Chee Meng. Rasa masih sama macam I kerja di Jalan Sultan Ismail dulu, tak mengecewakan.

Set PS4 yang dibelikan oleh Ayah sempena birthday Ryan yang ke 7. 

Sementara the boys sibuk main game baru beli, I pun bersilat di dapur untuk masak Mee Bandung untuk makan malam. 

Malam tu juga, badan Ryan agak panas juga, check temp lebih kurang 38, so memang kena berbungkus dan berjaram dengan asam jawa. Sesekali kena sponging juga untuk meredakan kepanasan badannya. Alhamdulillah, 2 hari kebah dah demamnya.

Post birthday gift

Tengok gambar birthday cake Ryan yang lepas terfikir, lamanya tak membuat cake sendiri. nak mengambik mood tu punyalah azab. Insyallah nanti kena gagahkan juga diri membuat cake untuk dimakan sendiri.

Hujung minggu tak ada tempat lain lagilah selain KLCC tempat menhabiskan waktu. Tak tahulah sampai bila nak stop ke sini. Kalau tak pergi macam tak keruan hidup ni rasanya.

Untuk birthday Ryan yang lepas, Ayah menghadiahkan PS4 untuk hadiah. Terima kasih, Ayah Nan.

Phuhhhh, bagus La Juiceria ni nak dibuka di KLCC. Masa first time diperkenalkan dengan product ni hanya ada di Hartamas sahaja, so kena kirim dengan orang. Then dibuka di Pavillion so dekat sikit tapi bercinta dengan jem la nak pergi but now dah ada di KLCC so hujung minggu kalau pergi sure beli.

Hmm, ini kedai pujaan anak beranak. Tak singgah pun sama juga tak keruan hidup di rasakan sampaikan pekerja kat sini pun dah kenal dah muka we all sekeluarga.

Koleksi Ninjago yang tak pernah tak habis, ada sahaja keluar latest product. 

Ada pulak pameran apa tah kat courtyard tu sampaikan dekat berjam duduk kat situ sebabnya the boys dok main game racing kereta kat situ.

Seperti biasa, mak pun masih tak berpuashati untuk mencuba berdiet. Kali ni memang kena bersungguh-sungguh untuk kesihatan bersama. Alhamdulillah, dah beberapa hari ni mengamalkan pemakanan yang baik.

Friday, 22 April 2016

Jalan TAR



Pagi weekend yang lepas we all breakfast di Old Town  sambil pekena Mee Wantan dan juga Mee Curry. Sesekali keluar dari dunia mamak, terasa kelainannya.

Then bergegas pula ke Jalan Tar mencari baju kerana baju-baju macam tak berapa nak menarik di dalam almari. Lama tak ke sini, kalau ada pun awal tahun mencari baju sekolah the boys di Kamdar. Raya punya persiapan pun jarang ke sini, malas nak menempuh orang ramai.

Beli di First Lady ajelah, malas nak pikir mana nak cari lagi. Baju pun berkualiti juga, taklah teruk sangat designnnya pun walaupun dah lama orang pakai baju tu. Baju kurung tak lapuk kut, masih boleh dipakai walaupun fesyen kain dah lama.


Kalau ke Jalan TAR, tak sahlah kalau tak makan di Restoran Insaf, kan. Pekena nasi beriani ayam madu dengan mango juice memang terangkat la.

Jalan-jalan ke belakang menuju ke Campbell, ternampak pulak banner kedai ni, "Suma barang musti...." hadoii la hai. Ni bangla ka punya keje ni, proof reader pun diimport dari Bangladesh jugak ke?

    `
Dah habis pusing Jalan TAR, lepak kejaplah kat Library Coffee Bar di Maju Junction sambil mengopi kejap.

Minum petang yang tak seberapa, actually masih kenyang lagi tapi sebabkan tengok croissant tu macam menyelerakan so terpaksalah gagahkan makan juga.

Ingatkan dinner kena masak, tapi tak juga cos Ibu ajak makan di luar, Alhamdulillah, rezeki yang tidak dijangka. So kita pergi dekat-dekat ajelah, so Kafe Skrin menjadi pilihan semua.

Keunikan Kafe Skrin ini adalah sambil kita makan, kita boleh juga melihat wayang yang dipertontonkan dimana kita boleh pilih movie yang disediakan. Ada banyak pilihan movie yang sesuai untuk seisi keluarga, jenuh nak memilih mana satu yang best. Makanan pun sedap-sedap semuanya, ada pelbagai jenis makanan dari makanan goreng-goreng dan juga western.

Sunday, 17 April 2016

Life as a soccermom

Macam ni la life as a soccermom setiap minggu, penuh aktiviti seawal pagi. Kalau tak training di Desa Melawati ke New Camp di Bandar Utama untuk tournament pula. Seawal pukul 7am dah bergerak keluar rumah macam hari sekolah pula. Kalau awal, sempat la breakfast dulu di mana-mana mamak sekitar yang terdekat.

Sekarang cuaca dah makin okay, tak sepanas macam dulu. So redup sikitlah pagi-pagi tak perlu nak berjemur sampai legam dah masing-masing.

Seperti biasa, Head Coach bertunggu di tepi padang la, I just duduk tepi padang sambil layan lagu ipod aje.

Kalau dah letih, mana nak masak dah. So balik rumah, mandi kasi siap-siap and then terus keluar makan. Kalau lapar sangat, carilah Brunch kat hotel then makan sampai petang. Masa tu bolehlah prepare untuk dinner pula.

Saturday, 16 April 2016

Office baru Daddy

Bermula beberapa bulan yang lalu, office Daddy Jack bukan lagi di Seksyen 17 Shah Alam, telah berpindah ke kampus baru di Puncak Alam. Tempat baru so environment pun memang baru. Kebetulan, masa sibuk dengan perpindahan tu I ikut la sekali tengok tempat baru Daddy Jack.

Luaskan staff lounge, seronok la dapat tempat untuk lecturer berehat sambil makan dan minum. Sesekali dapat berehat lepas mengajar 2-3 jam tanpa henti memang letih.

Selamat bertugas di tempat baru, Daddy Jack. Semoga lebih bersemangat dan juga berkhidmat untuk para guru-guru nanti ya.

Dah settle semua urusan perpindahan, barulah terasa lapar so pekena asam pedas ikan jenahak dululah sebelum balik ambil anak-anak di rumah Ayah Da.

Wednesday, 13 April 2016

Setia City Mall

Sesekali Daddy Jack kena kerja on weekend so kita pun berangkut sekali la sebab bosan kan duduk rumah tak ada buat apa-apa so baiklah berjalan sekali.

Dah settle semua, malas pulak nak balik terus ke KL so nak merasa jugaklah ke Setia City Mall. Sambil tu jenguk jugaklah rumah we all disini, just nak tengok tenant kut la ada apa-apa masalah. Alhamdulillah, tenant pun okay juga, tiada complain.

Nampaklah bumbung rumah daripada SCM ni hah, memang dekat sangat dengan rumah pun. Tunggulah bila entah nak duduk sini.

Whoaaaaa, ada World Kitchen la kat sini. Banyak pula Corelle, Pyrex, Corningware disini tapi jeling ajelah. Tak nak beli lagi sebab banyak dah kat rumah tu.

Suka la pak dengan anak nampak kedai ni. Macam nampak hantu aje. So 30 minit dalam ni sampaikan I boleh pergi meronda ke kedai lain depa still kat dalam ni, entah belek apa tak tahulah.

Makan di TGIF, dah lama tak makan disinui. Selalu lepak Chilli's aje so kali ni kita ubah selera pulak.

Meja pun cool habis, Rockstar. So dah order makanan, masing-masing pun sibuk dengan phone sementara menunggu makanan tiba. Selalu dalam handbag ada aje Uno card tapi entah macamana kali ni lupa pulak nak bawa.

Makanan pun dah sampai and nampak menyelerakan betul. Geram tengok burger bun yang nampak gebus gebass tu

Nampak pulak mascot Poney yang tengah pusing-pusing sekitar mall. Tumpang bergambar la kejap the boys ni. Menarik juga Setia City Mall ini, taklah bosan orang-orang Setia Alam. Jenuh juga if nak keluar ke Kelang atau Shah Alam kalau nak beli barang. Dah ada mall dekat, so semua datang sini ajelah.