Nuffnang Ad

Sunday 13 November 2016

Perihal sekolah anak-anak

Sedar tak sedar dah nak habis dah sesi persekolahan tahun 2016 ni. Tahun depan Danish dah nak UPSR dan Ryan akan masuk Darjah 3. Sesi persekolahan tahun ini Alhamdulillah so far banyak perubahan. Kawan Ryan dalam kelas pun cheeky semuanya especially yang lelaki, bila I datang ke kelas, sure akan jerit "Aunty, Aunty"

Bahasa Arab kena Danish yang tengokkan since me and Daddy Jack tidak begitu mahir dan begitu pandai sangat dengan bahasa Arab tu. Alhamdulillah, Danish begitu komited mengajar adiknya.

Since Danish masuk kelas robotik sekolah, so memang banyak kelas extra yang diperlu ikuti. So far, dah masul Level 2 dan banyak improvement dah. Even kadang-kadang tu Coach siap suruh Danish tolong tengokkan pelajar yang lain.

Menerima anugerah dapat masuk Level ke 2 untuk Club Robotiknya.

Masa exam UPSR tu, sekolah tak ambil cuti so anak-anak pergi field trip mengikut tahap masing-masing. Ryan dah pelajar Darjah 2 yang lain buat lawatan sekitar Kuala Lumpur sahaja.

Danish dan pelajar Darjah 5 yang lain buat lawatan jauh sikit, pergi ke Melaka. Cikgu hantar gambar thru whatsapp parents nampak semuanya seronok dapat pergi jalan-jalan.

Adakala cuti Jumaat, pergi solat Jumaat tumpang my uncle atau adik aje. I nak hantar takut nak tunggu lama-lama dalam kereta pulak.

Alhamdulillah, berjaya naik ke tali pinggang hijau biru lagi. Tahun depan kita sambung lagi ya.

Team baru U11 Danish. So far, nampaklah bersemangat sikit nak main bola. Kalau tak lemau aje sebab tak cukup player, so semua kena main all out. Salah seorang pemainnya katanya anak Johan Era tu.

Perwakilan Pengawas, salah seorangnya Danish la. Tahun depan last la jadi pengawas, lepas tu dah nak masuk F1 dah. Cepatnya masa berlalu, rasa macam baru semalam aje masukkan dia sekolah di Malaysia ni. Sedar tak sedar dah dekat 3 tahun dah Danish bersekolah di Malaysia ni. Memula tu BM sepatah habuk pun tak reti tapi sekarang ni bolehlah buat karangan pendek dan boleh score A dah.


1 comment:

  1. Bila baca tulisan awsk teringat saya zaman sekolah. Terima kasih kongsi cerita.

    Senang2 jengoklah blog saya:
    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    ReplyDelete