Nuffnang Ad

Monday 7 November 2016

Shopping time

Kadang-kadang hujung minggu kenalah ikut Daddy Jack pergi attend any majlis anjuran fakulti ataupun universiti. I bab makan laju ajelah nak ikut kan,  manalah tak gemuk.

Balik tu menyinggah la area Seksyen 7 Shah Alam yang terkenal dengan butik-butik pakaian dan juga tudung-tudung. Kebetulan pula memang tengah mencari baju-baju yang sesuai untuk attend beberapa majlis anjuran sekolah dan juga beberapa majlis lain. Tapi tak jumpa yang bersesuaian.

Then hari kedua, keluar lagi tapi ke Pavillion pula. Saja aje jalan-jalan nak tukar angin asyik ke KLCC aje kan. Tapi sebelum tu singgah foodcourt dulu makan beey kuay teow dan juga tau foo faa yang sedap tu.

Singgah NIKE mencari kelengkapan barang sukan dan seluar sukan yang dah teruk betuk conditionnya. Tapi tak jumpa yang berkenaan, ADIDAS pun sama juga tak banyak koleksi yang cantik.

Then, dari Pavillion, menyinggah pula ke KLCC mencari beberapa keperluan yang tiada di Pavillion. Kat sini, kenalah upah the boys sebab sanggup ke hulu hilir temankan Mummy and Daddy mencari barang ke sana sini.

Akhirnya tak masuk dalam senarai pun nak beli kat sini. Tak perlu nak pergi sampai ke Taman Tun tu, hanya di ISETAN KLCC dah ada butik Naelofar. Senang la nak belek-belek tudung-tudung terbaru kat sini. Sekerang ni tengah buat sale juga, Ariani pun sama juga.Aduhhh, parah la jawabnya nih.

1 comment:

  1. lama tak makan kat foodcourt pavi. suka chicken butter rice dia. yummy yummy

    ReplyDelete