Nuffnang Ad

Tuesday, 21 September 2010

Kad raya

3 kad hari raya yang sempat diterima di bumi Aussie ini. Terima kasih yang tidak terhingga atas tanda ingatan kalian semua. Rose, kawan sesama blog, hanya jumpa sekali sahaja di rumah Liza, blogger juga, Eikha, one of my brightest student and my collegue, Lin. Sedih tau bila dapat kad raya from you all.

Sedih bila tengok kad raya from Lin, siap ada gambar anak sulungnya, Ammar. Nasib baik sebelum pergi, sempat jugak menengok Ammar, tapi masa tu baru 2 bulan lebih, sekarang nie nampak macam tembam aje.

Antara tulisan from Rose..."seronok tengok masyarakat Melayu sana yang saling bantu-membantu...", Well, I setuju dengan Rose. So far, komuniti Melayu disini begitu prihatin dan mengambil berat antara satu sama lain. Maybe sebab komuniti Melayu sini tak ramai, so bolehlah dielakkan segala sengketa. Lagipun, susah senang dikongsi bersama, maklumlah keluarga jauh di Malaysia, so yang tua dianggap kakak dan yang muda dianggap adik.

Danish pun tak ketinggalan dapat kad raya from his friend, Sree. I think Sree nie pun from Malaysia jugak. Sebabnya, die tahu psl hari raya nie. Bilalah nak jenguk sekolah Danish and jumpa his friends, kan?


Sree nie one of his good friends jugaklah..siap ada small drawing lagi. Danish apa lagi, dapat card nie, terus nak balas..memula siap buat ucapan Hari Raya lagi, so we all tukar dengan Thank you card aje.

Eiiii..geramnya tengok kata-kata di bawah tu, gambar KLCC tu lagilah mengundang..hmmm rindu nak jalan-jalan kat KLCC, makan kat Picnic, jalan from one level to one level kat sini...tunggu yer, nanti I tawan KLCC kembali.

1 comment: