Tahun nie my family beraya di KL sahaja. Bila tengok gambar meja makan nie, hmmm, tak cukup korumlah. Masa Hari Raya pertama, rasa berdebar-debar bila nak called Ibu dan Ayah. Pagi raya called, cuma Ibu aje yang ada, Ayah belum balik from masjid lagi. Ibu tak larat, sebabnya penat memasak sampai pukul 3 pagi. I felt different sikit tahun nie, satu sebab beraya tanpa keluarga tercinta dan keduanya terasa pelik bila on malam raya, called Ibu at 930 pm and still berjalan-jaan di KLCC lagi.Aiiikkk !!! tak masak hidangan raya ker ? Pagi tu, masa called, Ibu cakap dengan tersesak-esak, tak ada mood nak masak sebabnya rasa raya macam tak seronok, masak pun sebabkan ayah aje, itupun buat sikit aje. Udahnya, raya kedua semuanya berangkut balik Kuantan.
Sebelum tu, rasanya tak terlambat nak ucapkan tahniah untuk Ayah kerana dilantik sebagai Pengerusi kepada sebuah perbadanan berkanun.. semoga Ayah berjaya di dalam bidang yang baru ini serta dapat menjalankan segala amanah yang diberikan dan tak ketinggalan tugas Ayah sebagai Ahli Parlimen yang bertanggungjawab menjaga suara-suara rakyat. And for Ibu...wah !!!! bergaya dengan handbag baru yer tahun nie...bling !!! bling !!!, nanti balik Malaysia, bolehlah pinjam....sat aje. Alhamdulillah, Ibu akan menunaikan ibadah haji tahun nie. Tarikh pun dah confirm, 13/10/10. Semoga semuanya selamat dan diberkatiNya.
Kak Nyah tahun nie beraya dengan orang baru..Baby Illy. Eiii, montel sungguh budak kecik tu tau. Tunggulah, 2 budak jebon nie balik, siaplah kena kerjakan. Tahun nie Kak Nyah sekeluarga beraya di JB, belah Ikram dulu, raya pertama baru raya ngan Ibu and Ayah pulak. And also,uk ri ramadhan yang mulia ini, Kak Nyah dah tergerak hati untuk bertudung..Alhamdulillah. One og my good blogger friend pun ada yang dah bertudung, I tak nak beritahu siapa, die dikenali jugak in a blogging world nie, so biarlah tuan punya badan yang ceritakan yer. Im so happy for her.
Abby pulak raya kedua baru balik Penang. Alhamdulillah jugak, Abby tengah sarat mengandung anak keduanya, Insyaallah, due date on March nanti rasanya.
The Sengalians...Didi, Kak Cik and Hannan. Didi, Insyallah juga akan melangsungkan perkahwinannya maybe in January 2011. She still menjadi tenaga pengajar di salah sebuah pusat pengajian tinggi walaupun tempat kerja lamanya LEWRE masih nakkan die as a Shoe Designer. As for Kak Cik, sekarang nie bergaya dengan kereta and kamera baru. makin rajin ler ambik gambar yang ok dan tak berapa nak okay tu. As for Hannan, tahun nie raya dapat PS3 yer, mah la datang sini, borong game banyak-banyak.
I miss my family...a lot
sabar yer gina, Insyallah, dapat gak balik Malaysia...
ReplyDeletesayu je baca entry u ni. tah camne la kalau i jadi u kat sana tu!! muah muah
ReplyDelete