Nuffnang Ad

Sunday, 26 September 2010

Open House at Ayu's

Minggu ini adalah minggu memenuhi undangan open house. Tak sangka, tak terasa berada di Aussie yer bila time-time raya nie bila dijemput ke majlis rumah terbuka, serious rasa macam kat Malaysia jugak, cuma yang membezakannya cuaca sahaja. Semalam, memenuhi undangan ke rumah Ayu Hairul pulak. Dengan hanya tenaga yang satu, Ayu managed membuat berbagai hidangan yang sangat sedap, antaranya, bihun tomyam, spaghetti, nasi impit dan kuah kacang, serta kuih muih.

Sepeninggalan Kak Shidah ke Malaysia, rumahnya ditinggalkan untuk dijaga oleh 3 anak-anak dara ini,; Nadia, Farahin and Syafiqah. They all nie exchange students from UUM and datang sini on first puasa and akan balik in December.

Rakan baik yang tak boleh dipisahkan, Danish and Akil. Makan pun nak sama-sama. Masa nak pergi rumah Ayu nie, siap tanya, Akil pun pergi tak? Mujur jugaklah rumah agak jauh sikit, kalau tak, berjenuh nak pergi main rumah Akil tu. So, bila dah jumpa, asyik nak main aje kerjanya, so tetapkan syarat, kena makan dulu, then baru boleh main.

Lepas makan semua, baru boleh pi main. Cuaca sekejap okay, sekejap macam nak hujan tapi kalau dah budak tu, nak larang macamana pun mana boleh.

Ryan the Lion pun sama jugak...masa sampai die tido sekejap aje, lepas tu bila nampak geng, mulalah tak keruan..sempat makan ayam and nasi impit aje.

Hahahahah..satu suasana yang cukup berbeza kalau di Malaysia. Kalau di rumah terbuka versi Malaysia, jadi trend menjamu tetamu dengan kambing panggang, sini siap buat BBQ lagi. BBQ nie adalah aktiviti warga Aussie especially during Spring and Malaysian pun tak ketinggalan jugak. Ayam BBQ and satay goreng yang sangat sedap menjadi hidangan di rumah Ayu.

Daddy Jack with Ayu's husband, Hairul. Kesian Hairul..nanti jadi bachelor jap selama sebulan bila Ayu and anak-anak balik Malaysia minggu depan yer.

Me with a mummy to be in December, Sue. Wah !!!! seronok nampak Sue makan. Maklumlah, makan untuk 2 orang yer.

Me, Ayu and Kak Azie. Terima kasih Ayu sebab sudi mengundang me and my family ke majlis rumah terbuka yang sarat dengan pelbagai makanan nie. And also, selamat kembali ke Malaysia walaupun hanya sebentar tapi rasanya dah cukup untuk melepaskan segala kerinduan dengan bumi Malaysia, kan.

Nie pun Aiyu jugak, tapi yang nie jiran saya. Jiran yang sangat baik dan pandai masak. Tak sempat nak borak-borak ngan Muli, just sempat hi hi and bye bye aje.

As for the geng bapak-bapak, lepak luar lagi baik, bagus jugak sebab dapat tengokkan anak-anak yang main di luar, bolehlah mak-mak makan dengan aman di dalam rumah sambil berborak sakan tentang garage sales, Corelle dan yang sewaktu dengannya.

1 comment:

  1. SALAM MADAM G :

    wuuuiii..murahnya rezeki..banyak makanan..hehhehe

    ReplyDelete