Nuffnang Ad

Wednesday, 15 September 2010

Makan pun nak kena beratur

Masa nak datang karnival nie, teringin nak makan satay..eiiii, lama dah tak makan satay. Kalau kat KL, suka makan Sate Melaka kat AU5, sedap sangat. Bila sampai, tengok line untuk gerai satay, punyalah panjang so simpankan dulu hasrat tu yer..nanti buat sendiri satay kat rumah.

Sebelum pergi sini, I dah makan dulu nasi briyani bersama-sama Danish and Ryan, tapi Danish biasalah, die memang pantang tengok orang menjual nie, ada aje nak dibelinya. We managed beli mee goreng aje sebab orang tak ramai beratur, maybe sebab makanan dah banyak habis, so ahli gerai sibuk dok bertungkus lumus membuatnya.

Kak Azie ajak pusing-pusing kat gerai makanan, kebetulan pulak gerai pertama nie, ada muka-muka yang dikenali..Ayu Hairul dan juga Lynn Suhaizan. Kesian nengok Lynn, sambil dukung baby nak menyiapkan pesanan pelanggan. They all jual puding, Tau Fu Fa, Chee cheong Fun, samosa and Ayam Percik. Pelanggan memang beratur panjang. Even bahagian belakang nie, semua penjual dan pembuat makanan macam lipas kuding semuanya.

I tanya jugak dengan Lynn, kenapa tak pack siap-siap aje dari rumah, kan senang..rupanya one of the rules is that the food kena dihidangkan panas-panas and kena hanya 4 jam sahaja, kalau lebih dari itu, kena buang. Itu syaratnya. Kira all the food, kena fresh. Patutlah semuanya mcm kelam kabut. Even gerai yang we all beli mee goreng tu pun, nasi kena masak kat situ jugak..dahlah tak ada periuk nasi besar, pakai yang 5 pot beras aje. Pihak berkenaan juga ada menyediakan fridge bergerak untuk menyimpan barangan basah dan juga generator untuk elektrik appliances. Bagus jugak yer...so tak adalah masalah keracunan makanan.

Nie yang we all sempat beli and bawak balik..sedaplah Chee Cheong Fun tu, baru first time makan. Tau Fu Fah pun sedap jugak...ada resepi tak..nak buat jugaklah. Ada a fews friends yang menjual macam-macam makanan like laksa and nasi lemak, tapi ramai sangat..so bila post kat FB, rupanya boleh aje main cuit kut belakang..tapi I manalah tahu..segan pun iya jugak

No comments:

Post a Comment